Salam...
Hari ni aku penat skit berbanding semalam. Bukannya apa .. awal pagi lagi dah start masuk dapur. Bukannya makan tau... tapi ada projek skit...
Cam biasa aku bangun sahur jam 5 pagi. Pagi tadi aku minum chocolate date shake... Yummy...
Saja nak ubah selera waktu sahur. Lepas sahur aku marking test papers skit, sementara nak tunggu waktu Subuh. After Subuh, aku tido semula. Ini memang aktiviti biasa aku bulan puasa ni. Hehehehehe....
Bangun je dari tido, aku mandi n basuh baju. Then masuk dapur untuk projek Ramadhan dengan mak. Mak ajak aku wat karipap n cucur badak. Biasa le tu ek.. Tapi kenapa aku cakap projek Ramadhan??? Sebab kami wat dalam kuantiti yang banyak. Pastu goreng suku masak, then frozen kan. So dapat le stok untuk sepanjang Ramadhan ni. Kalau teringin nak makan, just kuarkan n goreng sampai masak.
Every year memang ni aktiviti kami. Selalunya kami wat ni sehari b4 puasa. This year tak sempat nak wat awal, so kami wat hari ni ler... Lama gak aku kat dapur ngan mak tadi. Kul 2 camtu baru siap keje. Mandi, solat n rehat jap.
Dalam kul 4 camtu, mak kejut aku. Aku tertido rupanya.. hehehehehe..
Bangun tolong mak masak lauk untuk berbuka. Hari ni masak simple jer... Daging masak cabai (resepi turun temurun dari nenek aku), sotong goreng kunyit, ikan masak sambal, salad sayur n buah zaitun.
Untuk kuih plak, aku wat puding laici dangdut. Resepi dari blog Kak Jun, Yummylicious. Then mak goreng karipap n cucur badak skit. Petang ni malas plak nak wat jus kurma, so aku just nak bancuh air ribena lemon je untuk aku. Mesti ada yg cakap aku ni cam budak2 ek. Sebab makan cornflakes ler... minum ribena ler... Ahaksss... Memang aku suka camtu pun. Nak wat camner... Hehehehehehe...
Ni ada pic projek masak memasak aku hari ni. Enjoy...
Salad lettuce, zaitun, tomato n timun,
nugget ayam belum masuk lagi... nak makan baru letak
cucur badak yang belum digoreng
Karipap suku masak
Puding laici dangdut...
Until later... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Posted in:
juadah,
projek,
puasa
on
Sunday, August 23, 2009
at
at
5:47:00 PM