Showing posts with label skool. Show all posts
Showing posts with label skool. Show all posts

FIRE DRILL EXERCISE






On Tuesday skolah aku wat fire drill exercise. Nasib baik waktu pagi. Kalaux masak gak kitaorang sebab cuaca skarang panas giler. Semua orang kena berhimpun kat tengah padang. Tu yang tak tahan kalau wat waktu tengahari.

Pagi tu aku cam biasa le.. masuk kelas, ngajar n then bagi group work untuk budak2 year 6. Sementara nak tunggu diaorang siapkan keje untuk presentation, aku dok surf tenet kat hp baru tuh.

Tetiba je loceng berbunyi dengan agak panjang. Teachers semua memang dah ready sebab dah diinform pasal fire drill ni. Aku pun suruh budak2 off kan semua switch and beratur keluar kelas. Kami bergerak ke padang skolah. Kami antara yg terawal sampai since kelas kat ground floor.

Lepas semua budak dah beratur, class teachers pun kena check le jumlah budak tally ke tak ngan dalam register. This is to make sure takde yg rentung.. hehehehehe...

Pastu ada sedikit taklimat dari guru disiplin tentang prosedur keselamatan yang patut diambil. Dan jugak taklimat oleh PK HEM.

Abis semua tu, waktu ngajar aku ngan kelas Year 6 pun abis. Budak2 semua masuk kelas n aku pun pegi Bilik Guru.

Tu je update aku hari ni...

Sekian. Signing off now. Daaaaaaaaaaaaaaaaa................


p/s piccas adalah disnap dengan hp baru... hehehehehe...

SELAMAT HARI GURU


HAPPY TEACHER'S DAY 

to all the unsung heroes in our life


When you thought I wasn’t looking, you displayed my first report, and I wanted to do another.

When you thought I wasn’t looking, you fed a stray cat, and I thought it was good to be kind to animals.

When you thought I wasn’t looking, you gave me a sticker, and I knew that little things were special things.

When you thought I wasn’t looking, you put your arm around me, and I felt loved.

When you thought I wasn’t looking I saw tears come from your eyes, and I learned that sometimes things hurt--but that it’s all right to cry.

When you thought I wasn’t looking, you smiled, and it made me want to look that pretty too.

When you thought I wasn’t looking, you cared, and I wanted to be everything I could be.

When you thought I wasn’t looking--I looked...and wanted to say thanks for all those things you did when you thought I wasn’t looking. 


Mary Rita Schilke Korzan

DAH KURANG BZ....


Dah lama aku tak menulis di sini. Bukannya takde apa yg nak diupdate tapi aku bz giler... so tak sempat nak ngadap laptop ni. 

Hari2 aku balik lewat. Kuar umah pukul 6.50 a.m. n sampai umah kul 7.00 p.m. Penat giler ... Dah tu plak sepupu n mak2 sedara ada kat umah, nak le aku layan diaorang. So takde masa nak update. Sedara mara aku datang umah sebab nak menziarah mak aku yg nak pegi umrah esok. 

Naper ek aku bz giler? Biasa le .. latih budak2 aku yang berjaya ke peringkat daerah untuk game bola baling. Memang le aku bukan head coach, tapi kena le jugak bantu apa yg patut kan. Nanti ada plak suara2 sumbang yg dok kutuk aku. 

Aku gak dok sibuk latih sorang budak ni untuk Story Telling Competition yang akan diadakan pada 2 April ni. Macam2 le yg aku kena buat. Penat n tension je aku skarang ni. Lepas ni aku relax le skit sebab semua benda dah settle. Hopefully, aku dapat le kembali berblogging macam biasa, walaupun tak banyak yg dapat aku update. 

Walaupun hari ni Sabtu, aku kena attend sambutan Hari Profesional plak. Tension betul aku. Boss aku ni jenis yg suka wat benda glamor2 n grand2, so sambutan tu di combine bersama dgn 5 buah skolah lagi. Leceh tul. Skool orang lain semua wat sendiri je.... takde combine2. Penat giler tadi, dok dengar ceramah yg tak berapa nak best. Aku terpaksa tahan ngantuk tadi. Dah tu plak, panas giler dalam dewan tu. 

So setakat ni le dulu aku update. Esok aku ada projek yg best. Kalau menjadi, aku update kat sini ek. Siap dgn pic skali kay.....

Daaaaaaaaaaaaaaaa...............

CACA MERBA

Malasnya aku hari ni. Kenapa malas ek? Sebab semalam aku kena p skool from morning until almost 3 p.m. Sebab tu ler hari ni aku berehat sepenuhnya tanpa wat apa2 pun except tolong mak aku ngemas umah n masak je tadi

Naper aku p skool? Sebab ada hari anugerah kecemerlangan and mesyuarat PIBG lor. Penat giler aku semalam, walaupun takde wat pe sangat pun. Aku ditugaskan untuk jaga disiplin budak2. Tapi aku ada keje lain yg nak disiapkan, so aku tinggal je partner aku sorang2 kat dewan semalam. HEheheheh.

Aku kena tolong that guy siapkan keje2 data. Maklum le aku ni kan assistant dia. Nak tak nak kena le bantu dia. So semalam aku ngan dia berdua-duaan le kat dalam bilik guru masa majlis tuh.... Bahaya betul ek.... hahahahaha... so camne nak jauhkan diri kalau camni...huwaaaaaaaa...

Aku dah berjaya gak ler control diri aku ni. So far dah masuk 5 hari aku n that guy x bersms. Aku tak antar walau satu pun sms kat dia. N dia pun tak sms aku gak. So far so good. Aku berjaya menahan diri dari sms dia. Tapi tak tau le brapa lama aku leh tahan. Hopefully, aku akan berjaya ek.. Doakan aku yer....

Aku skarang ni tengah nak mencuba sesuatu. Kalau dah berjaya nanti baru aku leh bagitau kat sini. Malu le nak cakap skarang, takut2 tak berjaya. Apa2 pun tunggu ek. Sebulan dari skarang baru tau keputusannya.

Esok dah skolah. GB aku tak mau apply cuti peristiwa, walaupun kami ada majlis hari anugerah semalam. Dia cakap cikgu semua tak penat, wat pe nak cuti. Ada ke patut? Dia memang le tak penat, tapi kami yg wat keje ni penat siut...... Menyampah betul ler. Tapi apa kan daya, dia lebih berkuasa dari kami semua.

The guy from my past janji nak sms kejap lagi. Aku x kisah sgt pun. Kalau dia sms, aku reply jer. Kalau dia call, aku answer jer. Tapi so far aku dah takde hati lagi kat dia. Maybe sebab dah banyak kali dia kecewakan harapan aku kot. Aku dah anggap dia as kawan je. Andai antara aku n dia ada jodoh, aku terima. And andai tiada, aku tak kecewa pun. Maybe sebab aku dah bagi hati aku pada THAT GUY. 


Entah apa ler kesudahannya kisah aku n That Guy kan? Aku sendiri pun tak pasti. Yang pastinya, aku dah tak nak sedih2 lagi. Aku dah tak nak makan hati lagi. 

So until then, daaaa....................



MOODY


hari ni aku moody giler ... sebab apa ek? sebab semalam ada orang mungkir janji ngan aku... marah giler aku... dah le tuh .. semalam aku balik lewat giler dari sekolah ... kul 4.30 baru nak bertolak balik umah... marah + penat = moody today...

Sebenarnya takde mood nak update tapi memandangkan hati dah kurang panas... boleh ler merapu n meraban kat sini jap..
hari ni aku cam biasa ler... bz as a bee.. nak siapkan fail sebab dengar citer next week orang JPN nak turun melawat skolah berdekatan. So aku pun kalut le nak siapkan file panitia aku. Sambil buat sambil doa orang JPN tak singgah skolah.

Tup tup masa nak balik tadi PK bagitau yg JPN call n bagitau confirm nak datang skool after Chinese New Year. FYI, skolah aku tak ambik cuti tambahan sebab takde Chinese kat skolah tu. Rugi je nak ganti.... kelam kabut gak aku tadi.,.. risau beb... JPN nak datang...


balik awal gak hari ni... aku sampai umah kul 3 lebih... lepas mandi n makan, aku ngadap laptop jap... tapi internet lak wat hal... so off pc n zzzzzz...... terjaga dalam kul 6 camtu... bangun n terus main game... saja nak relax kan my mind kononnya...


esok plak hari bertemu pelanggan kat skolah... parents datang n tandatangan kad pelaporan anak. skolah aku baru nak wat untuk last year punya sebab last year JPN bagi arahan suruh wat exam betul2 hujung persekolahan. this year le baru sempat nak serahkan pelaporan anak murid kat parents. So esok aku bz lagi ler... Petang esok aku ada koko... penat ler.. balik lambat....


Aku nak pen off dulu ler...
til then .... daaaaaaaaaaaa

p/s pic tu just for fun jer... ;)

AKU DAN RINDU

Rindunya aku kat blog ni. Maklum le dah seminggu lebih tak dapat nak online. Gara2 streamyx kat umah ni wat hal... Apa2 pun alhamdulillah , semuanya dah kembali ok... Lega sgt rasanya.

Nothing much nak cerita cuma nak update apa yg terjadi these few days...

Monday 5 Jan 2009

The first day of school. Biasa le... kelam kabut skit nak uruskan hal budak2 tuh.. Since i got to be a class teacher again this year. Aku pegang yr 5. Uruskan hal2 bayaran dgn parents. Then susun kedudukan budak2 tu dalam kelas. Bagitau rules and regulations of my class. And bla bla bla.....

Tuesday 6 Jan 2009

Business as usual... apa lagi ... Teaching and learning session le... Jadual padat giler hari ni... dah le tuh... nak pegi makan plak cam tak best. Sebab gap cuma 30 minutes between classes. X selesa masuk kelas immediately after makan. So decided not to eat. After school, stay back untuk wat keje skit ngan that guy. So, lewat gak balik umah. Sampai umah kul 3.15 ptg, dah lapar giler. Mandi n solat dulu. Then baru lunch. Malamnya, kul 11 aku dah terbongkang.

Wednesday 7 Jan 2009

Cam biasa gak. Teaching and learning session. Aku ada 6 waktu hari ni. Letih gak ler. Again. Malas nak p makan sebab gap is 30 minutes jer like yesterday. Makan buah jer.. bekal dari umah. Ada oranges n plum. Yummy..... Balik awal je today.

Thursday 8 Jan 2009

Hari ni ada 7 waktu. Again, bawa bekal. Aku buat sandwich telur plak hari ni. Yummy.... tak yah le p kantin. Jimat plak tuh. Hehehehhe.... Masih lagi bz nak siapkan keje2 pengurusan. Tapi aku malas dah nak stay back.

Friday 2009

Me and a couple of frens plan nak p window shopping on Saturday. Nak kuar pagi sebab the shopping complex was quite huge. Malangnya, esok ada plak kursus profesionalisme anjuran skolah. Bosan giler..... cam nak kena cancel jer... Aku dah frust giler ni.

Tetiba my fren cakap, lepas kursus kan still boleh pegi. Tapi balik lewat skit ler. So i decided to go after the course. Tapi sekejap je dapat cuci mata. Will update on the shopping expedition, later kay....

TENSIONNYA


Awal pagi lagi aku dah sampai sekolah. Hari ni ada first meeting for 2009. Seronok gak p skool tadi sebab dapat jumpa member2 semua. Yang paling best dapat jumpa that guy. Rindu..... hheheheheh... cam gatal ek....

Anyway, lepas bersalaman dgn kengkawan semua tadi, kami pun bergerak ke bilik gerakan... well... dapat je takwim for next year, aku cepat2 belek... alamak... nama aku bersepah-sepah dalam tuh....
mati le aku ... next year aku dapat banyak jawatan yg high profile.... jenuh le aku camni.... tak menang tangan nanti... tolong ....... kepala aku terus berdenyut-denyut tadi....

Sampai umah tadi dah kat kul 2. lepas makan n mandi... aku terus tido.... penat siut.... baru tgk takwim dah penat ... camne ni.....

Esok aku ada meeting lagi.... adoi la.... sakit le aku next year.... pentadbir baru ni memang dahsyat le.... makin teruk le aku lepas ni.... tensionnya aku... jawatan yg paling aku benci is jadi ketua panitia.... susah woooo.... bila ada ahli dalam panitia yg banyak songeh ....

aku dah kena start planning untuk next year le nampak gayanya.... lepas ni takleh dah nak main2 ... kena keje sungguh2 le aku... maybe dgn kesibukan ni aku dapat lupakan soal hati aku ni. tapi ye ker? sebab kesibukan ni akan menyebabkan aku makin lama berada di skool. Makin lama di skool makin rapat le dgn that guy... hmmm camne ek...

Dah le tuh, aku ni dilantik jadi assistant that guy plak... Apakah ini satu konspirasi or memang takdir? Camne aku nak jauhkan diri daripada dia kalau aku kena keja rapat ngan dia... hehehehheh.... makin parah le soal hati aku lepas ni ek.....

Apa2 pun aku akan cuba yg terbaik for 2009. Seberat mana pun tanggungjawab yg diamanahkan, aku akan cuba buat yang terbaik... Insyaallah...

So for 2009, my resolution is to give the best in whatever i do..