Showing posts with label wabak. Show all posts
Showing posts with label wabak. Show all posts

H1N1 UPDATE

Hari ni pegi skolah macam2 berita aku dengar. Yang terkininya kerani skolah n family disyaki dijangkiti H1N1. Makin susah hati ler aku. Dah tu plak budak2 ramai yang tak datang sekolah sebab demam.

Ya Allah, takutnya aku....
Skarang ni aku kat dalam kelas. Tapi budak2 semua takde ... semuanya tengah dikuarantinkan untuk pemeriksaan doktor. Pelajar2 yang demam, selsema n batuk semua pun kena check.. Risau giler skarang ni.

Aku rasa cam takut je nak g mana2 skarang. Budak yang meninggal hari Jumaat baru ni memang dah disahkan H1N1. Skarang semua skolah pun dah mula berjaga-jaga.

So aku pun dah mula berjaga-jaga gak. Risau giler ni....

H1N1 OR SELSEMA BAB*

Yang mana korang prefer nak sebut?
Aku lebih prefer the second one sebab lebih senang.
Futhermore, sebab aku menyampah ngan binatang tuh.. so aku suke le sebut yang kedua dengan penuh perasaan.

Semalam pagi skolah aku gempar ngan berita yang wabak tu dah menular kat area kami. Mula2 tengok dalam berita on Thursday pasal selsema bab* ni kat Kampus USM Transkrian. Alamak... aku dah mula risau sebab kampus tu lebih kurang 5 km kot dari umah aku.

On Friday plak masa p skolah dapat plak berita pasal sorang budak tahun 5 sekolah berhampiran yang meninggal dunia disyaki sebab virus selsema bab* tu... Skolah tu plak 9 km jer dari my skool. Awal pagi, baru khabar angin je.

Pastu pukul 11 camtu, PK1 bawa balik sekotak besar mask untuk diedarkan pada budak2. Then dia bagitau, memang confirm budak tu meninggal sebab H1N1. Pastu plak ada skolah yang dekat ngan umah aku, dalam 2 km camtu, dah kena tutup sebab dah ada kes. Aku dah mula cuak.

Semalam balik je dari skolah aku terus g beli mask. Aku beli mask N95 sebab kakak kawan aku recommend yang tu. Dia ni doctor. So dia advise kalau nak beli, beli N95 punya. Bukan handphone je ada model N95, tapi mask pun ada gak tau... Hehehehehe...

Skarang ni aku nak g jalan2 kat mana2 shopping complex pun dah tak berani. Takut ler.. So sale ker tak, aku kena KIV program until kisah selsema bab* kat area Kerian ni reda. For the time being, on weekends aku lepak kat umah je lah... Abis extra class tadi, aku pegi beli tudung jap kat kedai depan skolah. Then terus balik umah.