EXCITED



adoi penat ler... hari ni aku ada kat sekolah from 10 a.m. til 6 p.m. ada KEM BAKAT BOLA BALING. letih ler walaupun bukan aku yg dok training budak2 tuh... aku dok menyibuk je kat situ.. buat2 sibuk ... supaya orang tau ler aku ni wat keje kononnya...

actually aku ni kira penolong jurulatih ler .. or lebih dikenali sebagai juruletih... ghehhehehhe.. there are 6 of us. But the head coach sorang je ler... yg lain juruletih n jurusibuk .... aku bukan le rajin sgt nak turun padang hari ni. maklum ler ... saturday... but mengenangkan head coach mintak tolong masak nasi untuk lunch budak2 aku pun p ler... beras di sponsor oleh someone, so head coach minta aku n the geng masakkan nasi. Lauk dia beli...

Lepak le kat padang tu until around 6. Then aku dapat idea baik plak. Aku ajak that guy, temankan aku p tepi laut. Tempat tu best gak n aku belum penah pegi. So aku cakap on the way balik nak singgah situ n minta dia tunjuk jalan. So he said okay...


best giler tempat tuh... next time aku nak p weekdays tak pun pagi.. takde orang .. boleh le aku snap pic banyak2 ... sambil tu boleh relax n tenangkan fikiran. tadi orang ramai tapi aku wat bodoh je .. snap pic yg aku suka... tapi tak banyak pun ler.. next time aku snap lagi ek...


yang paling best sebab that guy temankan aku minum kat situ. then he insisted nak tunjuk jalan balik untuk aku. padahal aku dah tau ler.... aku cakap tak payah ler. tapi dia cakap nak gak hantar half way. so aku pun ikut je le...


masa on the way pegi, dia call aku tanya okay ke jalan. then dia call lagi utk bagitau mana satu umah dia.. so sweet of him..... pelik ek dia ni....

apa pun aku nak tido awal malam ni ... penat le...

p/s aku letak pic tempat aku p lepak ptg tadi n pic budak2 masa kem bakat tadi

JANJI

Hari ni aku nak tunaikan janji....
Janji apa tu ek?? Janji nak update citer pasal p jalan2 sabtu lepas...


Actually tak banyak pun pic yang aku ambik since aku ni baru je berblogging kan... asyik lupa je nak snap pic... dah sampai umah baru teringat nak snap pic... so pic hasil rembatan masa shopping je yg ada... Insyaallah next time ada banyak pic ek...



Sabtu 10 January 2009
Lepas je the so called kursus dalaman anjuran my skool n few others, aku terus chow pegi shopping wit few frens. The shopping centre yg dituju is Seberang Perai City kalau tak silap aku ler... sebab selama ni pun aku dok panggil Jaya Jusco Bandar Perda jer... this was my first time there...


The journey was about 40 minutes from home.... My fren yg drive. Since she's not a crazy driver like me... she drove only 80km per/hour on the hiway so .. dalam 40 minutes camtu sampai ler...


Since the three of us was so hungry... the first stop was the McD. Apa lagi... makan Beef Prosperity Burger ler... with Twister Fries n Orange McFizz... Yummy .....



The next stop was POPULAR. I nak carik the Twilight Saga ... hehehhhe jumpa ... bestnya... tapi cuma ada 3 buah je.. another is not available... so i bought 3 books and some...


Next stop, surau.... solat zuhur dulu..



Pastu, i was so eager to buy some sort of car accesory or toy ... aku pun tak sure .. but look at the pic kay... what this thing do is goyang2kan daun dia sepanjang hari as long as there is solar power.... hehehheheh so cute,... so i bought one for my Kelisa.


Well.. itu je yg we all sempat beli n belek2 that day.. then dah petang ... so aku n the gals ... balik ler... apa lagi...
tapi.. tak puas le shopping n cuci mata.... huhuhuhuhu nak pegi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... this time around nak pegi dari pagi... boleh lepak lama skit kat situ.... tak yah rushing


then that nite, that guy sms n asked apa yg i balik pukul brapa n beli apa... i told him about my day and cakap yg nak pegi lagi.. i jokingly invited him to join me... he said let him think first


on wednesday.....

this was the sms
between us

That Guy - Saya ingat pun macam nak p tapi tak jadi le, nanti2 la kita p, bulan depan ke... masa tu duit saya ada lebih skit, nak jalan pun best skit


Disturbia - Takpe... Saya tak kisah pun... Saya boleh je p sorang2.

That Guy - Jauh la ana kalau p sorang, risau saya ana drive sana sorang.


Disturbia - Tak jauh ler .. Drive p kl sorang2 pun okay jer... Tapi kalau awak risau, saya tak pegi ler.... (statement aku yg gatal.... hahahahahah)


That Guy - Takyah p lagi la ana, nanti kita p bulan depan, tak lama dah pun....


So... apa conclusionnya ek....
Sebenarnya dia ada hati tak kat aku???? Aku pun confuse giler ...

Aku penat dah menaip ni ...


Til next entry... daaaaa.....

AKU DAN RINDU

Rindunya aku kat blog ni. Maklum le dah seminggu lebih tak dapat nak online. Gara2 streamyx kat umah ni wat hal... Apa2 pun alhamdulillah , semuanya dah kembali ok... Lega sgt rasanya.

Nothing much nak cerita cuma nak update apa yg terjadi these few days...

Monday 5 Jan 2009

The first day of school. Biasa le... kelam kabut skit nak uruskan hal budak2 tuh.. Since i got to be a class teacher again this year. Aku pegang yr 5. Uruskan hal2 bayaran dgn parents. Then susun kedudukan budak2 tu dalam kelas. Bagitau rules and regulations of my class. And bla bla bla.....

Tuesday 6 Jan 2009

Business as usual... apa lagi ... Teaching and learning session le... Jadual padat giler hari ni... dah le tuh... nak pegi makan plak cam tak best. Sebab gap cuma 30 minutes between classes. X selesa masuk kelas immediately after makan. So decided not to eat. After school, stay back untuk wat keje skit ngan that guy. So, lewat gak balik umah. Sampai umah kul 3.15 ptg, dah lapar giler. Mandi n solat dulu. Then baru lunch. Malamnya, kul 11 aku dah terbongkang.

Wednesday 7 Jan 2009

Cam biasa gak. Teaching and learning session. Aku ada 6 waktu hari ni. Letih gak ler. Again. Malas nak p makan sebab gap is 30 minutes jer like yesterday. Makan buah jer.. bekal dari umah. Ada oranges n plum. Yummy..... Balik awal je today.

Thursday 8 Jan 2009

Hari ni ada 7 waktu. Again, bawa bekal. Aku buat sandwich telur plak hari ni. Yummy.... tak yah le p kantin. Jimat plak tuh. Hehehehhe.... Masih lagi bz nak siapkan keje2 pengurusan. Tapi aku malas dah nak stay back.

Friday 2009

Me and a couple of frens plan nak p window shopping on Saturday. Nak kuar pagi sebab the shopping complex was quite huge. Malangnya, esok ada plak kursus profesionalisme anjuran skolah. Bosan giler..... cam nak kena cancel jer... Aku dah frust giler ni.

Tetiba my fren cakap, lepas kursus kan still boleh pegi. Tapi balik lewat skit ler. So i decided to go after the course. Tapi sekejap je dapat cuci mata. Will update on the shopping expedition, later kay....

BZ AS A BEE

Dah 2 hari tak update blog ni. Bukannya apa, hari2 pun bz. Biasa le bila wat keje last minute camtu ler. Today pun sepatutnya bz gak tapi skarang ni nak relax dulu. Streamyx tengah okay ni. So aku boleh le mengupdate blog ini. Rasanya starting Monday ni payah le skit nak update my blog ni daily kot. Apa2 pun sementara ada kesempatan ni, meh le nak citer apa yg aku buat the past few days.


Khamis, 1 Jan 2009


Lepas je aku siap masak lauk untuk hari tu, aku dapat phone call from the PK. Dia cakap nak minta tolong wat keje skit. So aku pun cakap okay ler. Dia cakap nak antar keje tu kat umah. So I said yes. FYI dia ni jiran setaman. So memang senang le dia nak minta tolong aku. Lepas je dia antar keje tu, aku pun start le ngadap lappy. Apa2 pun, aku siapkan keja aku dulu. Lepas tu, aku pun nak mula le wat keja dia. Sekali, disket yg dia bagi tu rosak plak. So template untuk keje yg nak wat tu, takde ler. Disebabkan aku ni malas, aku pun apa lagi. Tak buat ler... hehehhehe.. Aku wat tak tau jer... Nak call dia pun aku malas gak. Aku decide esok pagi je lah aku terus p skolah and settle keja tu kat sana.


Jumaat 2 Jan 2009


Awal2 pagi aku dah siap2 n pegi sekolah. Sampai je skolah, that guy dah ada. Dia pun kena p wat keje gak. So aku pun masuk bilik access and print keje aku dulu. Aku tunggu le PK tu sampai skolah. Pukul 10 baru dia sampai tau. Sambil tunggu dia, aku tolong that guy settle kan borang2 yg nak bagi kat budak on monday nanti. Sambil wat keja sambil borak2 ler... Peluang tuh... takkan aku nak lepaskan jer...


Tetiba aku dapat satu idea baik punya. Aku decide nak p shopping lepas selesai keje. Aku pun apalagi, terus call member aku. Tanya nak ikut tak aku p shopping. Member aku setuju jer... So aku pun cakap lepas abis keje nanti aku fetch dia kat umah. Lepas tu aku terus bersemangat untuk siapkan keje. Hehehhehe... Cepat je aku wat keje lepas tuh....


Lepas selesai je keje PK tu, aku pun apalagi... kemas barang2 n my lappy, jalan sama2 that guy pegi kat parking lot. That guy pesan ngan aku suruh drive hati2 n jgn lupa tinggalkan lappy kat umah member tu. Dia cakap jgn bawa g shopping. Bahaya tinggal kat kereta. Aku pun angguk je ler.. Masa kat parking lot, cam biasa ler... dekat 10 minit baru masing2 nak gerak. Ada je yg nak dibualkan. hehhehheheh.... pelik bin ajaib kan????


Aku g Taiping Central. Lunch kat Kenny Rogers Roasters, tapi lupa plak nak snap pic. Maklum le, aku ni kan baru menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Lepas makan, aku p kedai baju. Kat situ aku beli sehelai skirt n blaus. Aku kalau masuk kedai baju, mesti terbeli ler... walaupun tak plan nak beli apa2.

Then aku ajak member aku p Kamdar. Nak belikan slack for my aunt. Dia kirim. But then, slack yg dia nak tu dah takde. After that aku p kedai bag plak. Aku memang dok cari sling bag ni dah lama. Sebab sling bag aku dah buruk. Kebetulan bag tu ada discount up to 70%. Apa lagi aku pun sambaq le satu. Hehehehhe.. senang skit bawak sling bag ni p padang masa game nanti. Aku berkenan betul ngan bag2 dari COLORIS ACCESORIES ni. Aku x suka beli bag2 yg branded sgt sebab aku ni jenis yg cepat jemu. Suka benor tukar2 bag.


Pastu member aku ajak p kedai kasut plak. Aku ni ada tabiat buruk tau. Pantang tgk kasut2 yg comel n affordable. Mesti nak beli. So semalam, walaupun aku dah janji dgn diri x nak beli kasut dah buat for the time being, tapi aku terbeli gak sepasang. Bukannya apa, kasut aku, termasuk yg formal n casual, dah ada 14 pasang. Kalau campur sport shoes ada le 15 pasang jadinya. Melampau banyak. Kaki ada sepasang je kan. hehheheheh. Aku beli gak kasut tu semalam sebab ada discount 50%. Balik umah je aku terus sorok kasut tu dalam almari baju. Takut mak marah. Hehehehheheheh.


Masa nak balik tu, aku nampak plak sunglasses yg aku suka. Terus je beli. Hmmm... aku ni kalau bab shopping memang payah. Nampak je yg berkenan and affordable. Mesti beli.

Masa aku bertolak dari situ semalam hujan punya le lebat. Dah le aku ni penakut giler nak drive dalam hujan. Nak tak nak terpaksa le jugak drive sebab member aku ni lagi teruk. Ada lesen tapi tak penah drive. Sampai umah dekat2 kul 6. Malam tadi tido awal giler sebab penat siut. So tu je lah update aku untuk beberapa hari ni.


P/S Next Saturday aku plan nak pegi JJ kat Bandar Perda plak. Nak p terjah Popular. Tapi tak tau le ada Popular ke tak kat situ. Nak beli novel Twilight n sirinya