KENAPA MESTI BERBOHONG EK???


Aku memang heran dengan sikap sesetengah orang yg suka berbohong ni...
Sampaikan kekadang tu aku sendiri dah tak pasti apa yg keluar dari mulut dia tuh bohong ke betul ker... Kenapa mesti berbohong ek???

Ada satu kes yang terjadi kat aku baru2 ni... sampaikan aku sendiri jadi confuse dengan perangai seseorang ni. Seseorang yg agak rapat ngan aku ni dah berbohong dengan aku. Aku ni baik punya percaya kat dia. Sekali aku dapat tau yg dia berbohong. Tapi aku decide malas nak panjang2 kan hal ni. Aku wat tak tau jer... Lantak le dia ...

Cuma satu je yg jadi hal pada aku. Aku confuse nak percaya ke tak lagi dengan dia selepas ni. Bukannya apa, skarang ni, setiap apa yg dia cakap ngan aku, aku was2. Asyik terfikir, betul ke ni? Or dia ni dok bohong aku ker?

Aku memang pantang skit kalau orang berbohong ngan aku ni. Tapi kes kali ni aku malas nak bising2 sebab pada aku orang camni tak penting dalam hidup aku. So lebih baik aku terus pretend cam aku tak tau apa yg dia dah buat. Lebih senang camtu kan.

Kalau diberi pilihan samada nak terus berkawan or tak dengan orang ni ... I would choose not to... but it's complicated lor.... So aku kena wat cam biasa jer...

Susah kan kalau ada orang camni dalam hidup kita. Nak percaya, takut kena tipu lagi. Tak nak percaya pun susah gak. Entah ler...

Tapi yang pasti, aku malas nak fikir pasal dia lagi. Biar le .. kalau dia terus-terusan nak berbohong dengan aku pun takper.... Allah Maha Mengetahui Segalanya...

Signing of now... daaaaaaaaaaaaaaaa

YAY!!! TERTUNAILAH HASRAT DI HATI

Good evening peeps...

Heheheheh.. hari ni hati sangat gumbira sebab hasrat di hati tertunai sudah...
Apa hasrat tu ek? Aku dah berjaya merembat handphone Nokia 5800 Express Music...

Actually aku teringin nak pakai iPhone tapi rasa cam tak worth it sebab aku ni guna prepaid jer...
So untuk mengubat teringin tu aku beli je phone Nokia ni sebab touch screen. Anyway... sangat seronok hari ni... hehehehehe

After school tadi aku p Taiping Sentral n beli ler.. sebab dah banyak kali g survey... then this time around beli terus. Malas nak fikir dah.

Camni le rupa phone aku tuh...but mine is in red









NO MOOD




Dah lama x update blog. Entah naper sejak akhir2 ni cam takde mood nak update. Maybe due to cuaca yg sangat panas and aku sering sakit kepala, so malas nak ngadap laptop lama2. X pun sebab aku memang dilanda sindrom xde mood kot. Entah ler....

Alhamdulillah, aku dah berjaya menqada puasa sebanyak 2 hari baru. Masih ada 5 days to go... Hahahahaha.. lepas mak aku bising2 baru ler aku nak sibuk ganti puasa. Bukannya xde kesempatan b4 this... tapi memang jenis yg suka wat keje last minute.

Hmm.. hal PLBS belum aku settle kan lagi. Masih ada 1 kelas lagi yg tertangguh. Bukan tak nak wat, tapi no mood a.ka. Malas ler tuh.... hhehehehehe....

Next week on Wednesday, aku kena handle satu program anjuran JPN Perak. Berlangsung serentak di seluruh Perak jam 9 pagi. Acara Spelling Day untuk semua Primary School in the state.

So minggu ni nak kena briefing GB n PKs tentang hal ni. Semalam aku yg g taklimat kat PPD, so aku le yg kena taklimat kan GB n PKs plak pasni. The program is quite simple sebab the materials are provided. Cuma nak laksanakan jer... Hopefully, everything goes well on that day.

Aku tengah fikir nak attend ke tak dinner kat skool on the 11th of July 2009. Aku bukan apa, kalau event waktu malam ni memang malas skit sebab aku tak suka drive malam2 buta pegi skool. Almaklum le skool aku ni kira kawasan luar bandar. So jalan nak g situ a bit scary skit malam2 ni.

Nak bawa buah hati temankan... takde buah hati ... susah ek .. ada sapa2 ke yg nak volunteer temankan ek... dah le teachers wajib beli dua kupon plak tuh... skali takde orang nak temankan plak... kalau nak ajak parents aku ... memang diaorang x minat ... Apa pun aku tengah fikir the alternatives kalau aku nak pegi gak... actually aku memang kena pegi sebab in charge cabutan bertuah... hahahahahha... ada hati nak ngelat ek...

Rasanya aku pegi ler dinner tuh... tapi apa pun to be decided later on...



Until then... daaaaaaaaaaaaaaaaaa.............


p/s novels yg dibeli pun belum baca lagi... betul2 xde mood nie...




FREE LV BAG

Just wanna share this with you guys...

Jom sama2 kita try our luck dalam contest ni...

ShoppingLifestyle Magazine Readers' Contest: Win A Louis Vuitton Neverfull Bag

BORONG SAKAN

Hari ni aku dah berjaya memborong sakan. Kat mana aku memborong ek... Kat Taiping Sentral ler. Disebabkan aku tengah kering gak ni, terpaksa le aku tahankan juga keinginan aku tadi. Aku beli skit jer tadi ... kalau ikutkan hati .. mau aku borong semua sekali ....

Jom tengok apa yang diborong....


JENG JENG JENG .....









Yer itu dia... since my hobby is reading.. apa lagi .. aku memborong novels ler. Malam tadi member aku sms bagitau MPH ada buat Book Fair @ Taiping Sentral. So aku pun apa lagi, excited giler bila dapat news tu.

So b4 tido malam tadi aku wat plan untuk pegi terjah Book Fair tu. Since today is working day, and gaji pun lambat lagi, aku plan nak g sorang2 je. Aku tau my colleagues bukannya hantu buku cam aku.

Tapi masa kat skool tadi, ada colleague yg nak tag along. So aku pun orait je... Bertolak dari skool around 1.15p.m. Arrived there around 2 p.m. Terus tgk and pilih2 mana2 buku yg berkenan dihati. Actually semua pun berkenan.

Buku yg nipis tu ... RM 4 each. Tapi kalau beli 3 buah jadi RM10. Yg tebal skit tuh... 2 in 1 punya is RM 5 each. Kalau beli 3 = RM12. So aku pun borong giler... Kalau ada sesapa yg nak tau berapa RM aku belanja tadi, sila kira sendiri ek.... hehehehe..

Dah selesai pembelian, aku n fren pun had a late lunch @ McD.... Mana lagi.. antara one of my favourite fast food place lor.


Both of us ordered Mc Chicken


And of course untuk yours truly, a chocolate sundae... tapi this time a cornetto choc sundae...hehehehe... camne nak kurus ek.. kalau setiap kali makan McD mesti ada desert ni....


After lunch tu, kami terus balik. Malas nak pusing2 lagi sebab esok keja lor. Kalau weekend harus jalan2 lagi tu..

p/s Aku tengah survey handphone nie.. Dok berkenan Nokia 5800 Express Music & Nokia N85... Yang mana best ek?? Sebenarnya dok impikan iPhone.. tapi rasa cam tak worth it ..


Until then........ daaaaaaaaaaaa


BILA AKU TAKDE MOOD ...

Sebenarnya aku kepenatan hari ni sebab tadi balik lewat ...
Ada extra classes ngan anak2 didik. Tapi naper tah mata tak nak lelap lagi..
So aku pun saja jengah2 blog orang...
Then terjumpa lak test ni..
So aku pun layan ler.....





Actually aku banyak keje nak wat... tapi no mood le malam ni...

So until later.............. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


SCHOOL BREAK SPECIAL

Kali ni nak update pasal jalan2 hari tu.. lama gak aku gi jalan2... ke kangar perlis..
Puas hati le kali ni dapat terjah merata-rata tempat.
Since aku malas nak taip panjang2... so aku letak piccas banyak... sambil citer skit2 ek...


Day 1 - Monday 8th June 2009

Bertolak pukul 10 a.m. from Parit Buntar and arrived in Kangar at 12.40 noon dengan ditemani oleh my brother. Beramah mesra with my cousins and family. Petangnya kami jalan2 ke Padang Besar.

On the way pegi Padang Besar kami lalu ikut Empangan Timah Tasoh. The view is very nice... Sangat cantik... After that, ada Ostrich Farm. Tapi malas nak singgah. So aku cuma snap some piccas dari dalam kereta je. My cousin yg drive so aku dapat le nak snap piccas. On the way back plak kami lalu area Ladang Gula Chuping. What a nice view too....

My cousin belikan pokok orkid for her mom sebab mak dia memang peminat orkid. Kat Padang Besar ni kena pandai bargain. Since sepupu aku memang pandai bargain so takde le rasa cam kena tipu sgt bila ke sini. Ramai je pelancong yg tawar menawar tapi still mahal.

Aku beli a few kaftans for me and mom. Beli 2 bracelets. Beli durian and also mangga serta beras pulut sebab esok pagi nak breakfast pulut mangga n durian. Yummy ....




Day 2 - Tuesday 9th June 2009

The next day kami ke Gua Kelam. Ada 2 bahagian gua yg boleh dilawati, one is Gua Kelam 1 and the other is Gua Kelam 2.

Gua Kelam 1 ni dah lama. Jalan kaki je masuk dalam gua ni. Whereas Gua Kelam 2 ni agak baru. You have to go inside by train. Tiket dia cuma RM5 untuk dewasa. Seronok gak masuk kat dua2 gua ni. Cuma yg leceh kat Gua Kelam 2 ni u have to berebut seat on the train. Kena pandai2 sendiri berebut untuk make sure u dapat naik train.




Gua Kelam 1 ni jauh kira2 cam 500m dari Gua Kelam 2. Kat sini cuma perlu jalan kaki je masuk dalam. Seronok jalan2 kat sini sebab cuaca skarang panas, bila masuk dalam gua tu sejuk je... Rasa cam tak nak keluar pun ada ... hehehehhe...

At the end of the cave ada an opening. Kat luar tu boleh mandi-manda. Ada cam jeram kat situ. Very nice. And before the entrance pun memang ada kawasan perkelahan. Ramai giler orang since cuti sekolah. Semua pun bawa anak2 p mandi-manda kat situ.



Aku memang puas hati giler kali ni sebab dapat melawat ke Gua Kelam ni. It was an amazing and exciting experience for me. So sapa2 yang rasa nak jelajah gua tapi malas nak panjat2... sila ler ke Gua Kelam in Perlis.

Lepas habis tour kat Gua Kelam, kami ke Padang Besar sekali lagi. Aku nak beli barang lagi. Ada a few things yg baru teringat nak beli. Belikan beg Liverpool for my brother. He's a Liverpool fan.

Day 3 - Wednesday 10th June 2009

Kali ni kami ke Alor Star plak. Aku pegi lawat tok aku jap. Kat utara panggilan tok ialah untuk nenek tau. Since dah sampai area sini, takkan tak singgah kot. Pegi bertiga with my brother and cousin. Aku belikan beras pulut and mangga untuk tok aku. Tok aku suka wat tapai. Mangga plak sebab tok aku ni suka makan mangga ngan nasi. Dia dah tua so dah kurang selera nak makan nasi. Kalau ada mangga laju skit dia makan nasi tu.

Lepak umah tok aku tak lama pun. Pastu kami pegi jalan2 kat Tesco. Aku beli blouse kat situ. Sebab ada kedai baju yg jual blouse yg nice kat situ. Then kami lunch kat Tesco.

Malamnya kami dinner kat Kuala Perlis. Ikan bakar ler.. apa lagi.
Tapi malangnya piccas takde sebab piccas tak cantik. Gelap. Menu malam tu is Sotong Goreng Tepung, Udang Sweet Sour, Ikan Jenahak Bakar, Sotong Masak Kunyit, Terung Bakar. Yummy giler.....


Day 4 Thursday 11th June 2009

Aku bertolak meninggalkan Kangar at 10.40 a.m. Masuk hi-way at Alor Star Utara, then proceed to Butterworth.

On the way, aku perasan a few cars dok bagi lampu isyarat. Aku agak mesti ada speed trap and tepat skali, near to Gurun, pakcik2 polis traffic dok tunggu le.. nak tahan sapa2 yg melebihi had laju. Sib baik aku memandu within speed limit today.. hahahahahaha


Sampai kat exit Bertam dalam kul 12.15 camtu. So singgah lunch kat Secret Recipe. Aku order Macaroni with Prawn n Cheese, Jus Green Apple Kasturi. My brother plak amik Macaroni with Prawn n Cheese, Tropical Smoothies. A slice of Oreo Cheesecake for us to share.


Singgah plak umah my mak njang for one night.

Day 5 Friday 12th June 2009

Bertolak balik umah after lunch. We had Chicken Chop for lunch after Jumaat prayer. Sampai umah kul 4 p.m. Penat giler... tapi enjoy the holiday.....

p/s giler banyak aku makan sepanjang 5 hari tuh... mesti berat aku naik... huhuhuhuhuhuu


SEPETANG DI...

Dah lama tak update blog. Since skool holiday ni cam malas je nak update. Takde citer menarik sgt nak update pun. 

Hari2 kat umah keje aku rutin je.. mengemas umah, memasak ngan mak aku, cuba2 rajinkan diri wat project cross-stitch yang terstop ( 5 tahun dah kot), paksa diri wat keje skolah skit2... hehehe... 

Sejak skool holiday ni aku dilanda mood malas n asyik nak relax2 jer... memang santai giler cuti kali ni. Takde gi mana sangat pun. Kuar pun kat area sini2 jer... 

Pagi semalam cousin aku call tanya bila nak jalan2 ke umahnya di Perlis. Since cuti pun ada one week lagi, aku decide untuk pegi esok. Stay for 4 days kat sana kot. Agenda aku kat sana nak g Padang Besar, Gua Kelam & Ikan Bakar @ Kuala Perlis. Esok aku drive ke sana ditemani oleh adik aku. 

So I'll be away for 4 or 5 days kot. Coz on the way back maybe nak singgah umah mak sedara kat Butterworth. Maybe stay sana 1 nite. 

Kat bawah ni ada piccas masa aku lepak2 kat tepi sungai kat town aku ni. Cun gak spot ni. Kebetulan masa aku pegi tu awal lagi, so tak ramai orang pun. Syok gak kalau nak dating2 kat sini... heheheheh.. Lepak2 ngan member n family pun best... 

Apa pun layan je piccas ni ek... 











FROM TAIPING WITH LOVE

Hari ni malas nak cerita banyak2 ler... 
Agak penat sebab kuar umah kul 8.30 a.m.
Ada extra class with Year 6 pupils @ school for 1 hour. 
Then picked my fren @ her home.
Drove to Taiping... for shopping and sightseeing .. :P

So as promised here are the piccas... 
So let the piccas speak for themselves ek. 

First activity is Shopping @ Taiping Sentral


Kain pasang @ Kamdar untuk mini kurung kot...


Beli cuticle and nail balm @ The Face Shop
The Nail Polish is for my brooches.  Also from The Face Shop


Extra BB Cream @ The Face Shop
The 3 in 1 cream for u face. 
Lepas pakai boleh terus apply make up.
No more loose powder and all. 


A new pair of jeans @ Peace
Bukan branded punya tau 

A new blouse @ Peace


A new Coloris Accesories handbag @ Shop A Lot 
I like this brand sebab the price is reasonable and the design is nice.
Nak beli designer handbag tak mampu :P


Second Activity is Sightseeing @ Taiping Lake Garden

The Playground @ Lake Garden


The fountain in the middle of the lake was sponsered by Spritzer. 





The Swan ride. We both decided not to ride one since we're both tired from the shopping excursion :)




The trees along the roadside 



One of the scene from "Sepi" was filmed here. 



The lake