I'LL BE OKAY

Cam hebat je tajuk entry kali ni kan.. Entry ni kira cam sambungan kisah hari khamis ler..


On Friday , masa aku g skool, ada le insan2 yg prihatin dtg jumpa aku n tanya aku okay ker. well... aku okay jer. Aku cian kat that guy sebab kawan2 aku cam blame dia plak. Actually both of us ada salah masing2. Dan kawan2 aku sepatutnya tak take sides pun. Buat cam biasa je sebab aku pun akan wat cam biasa gak lepas ni.

On Friday, that guy tak pandang pun muka aku n tak senyum langsung pada aku, waktu kami bertembung. Bagus gak camtu sebab dia bagi ruang untuk aku bertenang. Tapi at the same time, rasa cam sedih pun ada. But apa pun life goes on kan. 

Yg tak bestnya kan , dah 2 malam i dreamt of that guy. Aku pun tak leh nak recall, mimpi tentang apa. But when i woke i just knew that i dreamt of him. Susah gak kan ... 

" It takes a lifetime to forget someone" 

Aku rasa memang betul pun. Sebab aku rasa amat payah untuk aku buang semua perasaan yang ada dalam hati aku ni. 

Walau apa pun, aku dah berjanji pada diri sendiri untuk melupakan perasaan aku ni. Setiap pagi sewaktu bangun tido, aku akan cakap pada diri sendiri, I don't need him in my life to be happy" and before going to bed aku akan cakap camtu sekali lagi. Hopefully it will work.

Frankly speaking, I miss him so much. But I'm trying my best to ignore this feeling. I'm making myself busy with things. Maybe reading and some studying can help me get over him. PTK is just around the corner, so i need to study. 

Walaupun aku masih sedih lagi, tapi aku rasa ini adalah satu pengalaman yg akan dapat mematangkan aku. Harap2 nya aku akan jadi seorang yang lebih tabah dan kuat selepas ini. 

Doakan aku ek. 

Someday I'll be okay....



IT'S OVER

Aku sedih sangat skarang ni. Disebalik kesibukan aku, aku juga sedang merawat hati yg sangat2 parah. Aku kena move on skarang ni. That guy memang tak penah dan tak akan penah ada hati dengan aku.

Baru2 ni ada orang tanya kat kawan aku (Kak J) pasal aku n that guy. Orang tanya kami ni ada apa2 ker? Sebab nampak kami sgt rapat. So Kak J bagitau yg kami cuma kawan je. That guy cuma anggap aku ni adik je. Then orang yg tanya tu cakap, adik apa camtu? Mana ada orang yg layan adik cam that guy layan aku.


So Kak J jumpa that guy tadi n tanya dia sendiri. That guy cakap memang dia anggap aku cam adik jer. Dia takde perasaan pun kat aku. Kak J marah gak le ngan that guy. Kak J cakap, after this jgn layan aku baik sgt. Jangan care langsung pasal aku dah.
Aku sgt2 sedih skarang ni. Kak J pesan ngan aku supaya move on and let him go. Kak J cakap aku mesti kuat n aku mesti ingat yg aku ni perempuan. Lelaki boleh buat sesuka hati dia jer. Tapi perempuan gak yg nanti dapat cemuhan.

So aku pun decide untuk move on. Aku sms that guy tadi. Aku terus terang ngan dia. Mintak dia jangan care pasal aku lagi. Biar le aku jaga diri sendiri. Biar le aku dgn dunia aku sendiri. Biarlah kami cuma jadi rakan sekerja n bukan kawan baik lagi. Aku dah tak mampu nak tepis perasaan suka kat dia, kalau dia terus-terusan ambil berat pasal aku.


Kat bawah ni mesej dia untuk aku.



1) Ana baik sgt pada saya sebab tu saya ambil berat pada ana. Walaupun kita tak dapat bersama, saya risau sangat apa2 berlaku pada ana. Sakit demam ana selama ni...


2) Cumanya kita takde jodoh ana. Ana rehat yer. Dah banyak sangat ana nangis sebab saya.... takut ana sakit ... buat sementara ni saya tak tegur ana. Jaga diri yer ana...


So now, it's over before it even begins...


Mungkin dah sampai masanya untuk aku menerima insan lain yg selama ini menagih dan menaruh harapan dari aku.


Aku sangat2 sedih n terluka. Namun yg pasti aku akan cuba untuk menguatkan semangat semula. Apa yg penting, aku ada kawan2 yg sangat menyokong diri ini.

So buat sementara ni maybe catatan dalam blog ni akan ada unsur2 jiwang skit kot.
Tapi untuk seketika jer. Until i'm back on my feet.

Till then... daaaaaaaaaaaaa.........

THE WEEKEND IS HERE


The weekend is here. Hooorayyy!!!!

Weekend ni aku relax je kat umah. Esok maybe aku nak gi cuci kereta jap. Then aku nak start wat soalan test. Next Friday dah nak kena serahkan kat Setiausaha Peperiksaan Dalaman. On Monday til Wednesday i'll be bz with Kejohanan Olahraga. So have to finish the questions by this Sunday.


Tadi aku p skool sebab ada pertandingan nasyid antara kelab n persatuan. Aku ni takde le latih bebudak tu sgt. Tapi alhamdulillah, walaupun masa latihan tu suntuk, budak2 aku perform quite well. Aku tak sempat tgk pun performance diaorang tadi. Tapi diaorang dapat 3rd place. Semuanya ada 8 pasukan. Kira okay le tuh. Aku bz skit tadi, dok wat borang untuk Kejohanan next week. Dok lepak ngan that guy dalam bilik akses tadi.



Petang tadi lepas je pertandingan, aku lepak2 jap kat skolah ngan sorang member ni. Aku dok main2 ngan anak dia. Aku kan sangat suka budak2. So ni lah kesempatan aku nak main ngan budak2. Maybe sebab dah umur camni kot. Dah memang patut pun suka kan budak2 tuh. Apa boleh buat kan.... tumpang je lah main ngan anak orang. Kekadang tu sedih gak bila fikirkan semua tu. Tapi semua ni takdir.


Entah kenapa skarang ni aku suka sgt layan lagu2 jiwang ni. Pelik betul ler... Kekadang tu aku sendiri boleh jadi tension lepas dengar lagu tu. Naper ek aku camni skarang. Aku rindukan diri aku yg dulu. Diri aku yg tak penah fikir tentang cinta, soal hati n semua ni. AKu yg selalu tabah. Aku yg selalu periang. Aku yg pandai menyimpan segala permasalahan dalam hati. Aku rindukan diri aku yg dulu. Saat2 camni, aku rasa cam nak pegi jauh dari sini. Nak pegi jauh dari masalah yg aku hadapi ni. Aku kesian kat diri sendiri skarang ni.



Aku sendiri dah tak faham akan hati ini. Walau camne sakit dengan keadaan skrang ni, hati aku masih tak nak lepaskan That Guy. Hati aku masih nak dekat ngan dia. Aku cam takde daya nak jauhkan diri dari dia. Naper lah camni. Walau sekuat mana aku berazam pun, aku masih lagi terpanggil untuk dekat ngan dia. Tambahan plak dia memang suka melayan aku. Makin berbunga-bunga hati aku kat dia. Kalau pun aku marah kat dia, tapi kejap jer.. Bak kata orang tua2 hangat2 tahi ayam. Marah betul aku kat hati nie tau.....



Aku pun dah tak leh nak pujuk hati ni lagi. Skarang ni aku sendiri adalah sangat keliru dengan hati ini.

AS BZ AS A BEE


Penatnya hari ni. Dah 2 hari berturut-turut aku bertolak to skool at 6.50 a.m. n arrived home at 7.20 p.m. Letih sangat rasanya malam ni. Banyak sgt ke keja sampai balik lewat tu? Actually, takde le banyak sgt keje, but then aku yesterday aku stay back sebab ada kelas tambahan n latihan bola baling and today plak aku stay back untuk latihan bola baling.

Susah gak kalau still single mingle cam aku ni. Pentadbir bagi tugas2 melatih budak ni sebab pentadbir cakap senang. Takde anak n suami yg nak difikirkan. Teruk le camni. Aku pun ada my life and affairs yg perlu disettlekan. Mentang2 le single mingle, ingat aku ni takde keje ke nak wat kat umah.

Next week plak, aku akan bz from Monday to Wednesday. Kenapa? Sebab skool aku ni terpilih untuk jadi tuan rumah untuk Kejohanan Olahraga Sekolah Rendah Daerah. Aku plak dengan jayanya terpilih jadi AJK Statistik. Teruk gak keje statistik ni. Cian kat aku. 3 hari le aku x masuk kelas nanti. Dah le tu, kami tumpang skolah menengah berdekatan plak sebab skolah aku takde padang yg luas untuk kejohanan tuh.

Ada bad and good situation sebenarnya nanti, aku n that guy sebenarnya sama2 under statistik. So 3 hari ni kami akan bekerja sama2 ler.... from morning till evening kot. Best n at the same time boleh membuat kan aku lupa sekejap pada azam aku. Camne ni????? Hati aku ni mudah benar nak layan je dia. huhuhuhuhuh

Keje kat skool pun makin banyak. Soalan untuk ujian bulanan pun belum siap lagi. Actually belum mula wat pun lagi. Test early march nanti. Tapi aku cam xde mood je nak wat. Dah le tu kena serahkan soalan kat penyelaras peperiksaan sebab nak g antar photocopy. Aku plak kena wat 2 set soalan. Satu untuk year 3 n satu untuk year 6. Weekend ni le kot nak mula wat.

Aku dah rasa ngantuk ni. Aku nak pen off dulu ler....

Till the next entry.... daaaaaaaaaa

CACA MERBA

Malasnya aku hari ni. Kenapa malas ek? Sebab semalam aku kena p skool from morning until almost 3 p.m. Sebab tu ler hari ni aku berehat sepenuhnya tanpa wat apa2 pun except tolong mak aku ngemas umah n masak je tadi

Naper aku p skool? Sebab ada hari anugerah kecemerlangan and mesyuarat PIBG lor. Penat giler aku semalam, walaupun takde wat pe sangat pun. Aku ditugaskan untuk jaga disiplin budak2. Tapi aku ada keje lain yg nak disiapkan, so aku tinggal je partner aku sorang2 kat dewan semalam. HEheheheh.

Aku kena tolong that guy siapkan keje2 data. Maklum le aku ni kan assistant dia. Nak tak nak kena le bantu dia. So semalam aku ngan dia berdua-duaan le kat dalam bilik guru masa majlis tuh.... Bahaya betul ek.... hahahahaha... so camne nak jauhkan diri kalau camni...huwaaaaaaaa...

Aku dah berjaya gak ler control diri aku ni. So far dah masuk 5 hari aku n that guy x bersms. Aku tak antar walau satu pun sms kat dia. N dia pun tak sms aku gak. So far so good. Aku berjaya menahan diri dari sms dia. Tapi tak tau le brapa lama aku leh tahan. Hopefully, aku akan berjaya ek.. Doakan aku yer....

Aku skarang ni tengah nak mencuba sesuatu. Kalau dah berjaya nanti baru aku leh bagitau kat sini. Malu le nak cakap skarang, takut2 tak berjaya. Apa2 pun tunggu ek. Sebulan dari skarang baru tau keputusannya.

Esok dah skolah. GB aku tak mau apply cuti peristiwa, walaupun kami ada majlis hari anugerah semalam. Dia cakap cikgu semua tak penat, wat pe nak cuti. Ada ke patut? Dia memang le tak penat, tapi kami yg wat keje ni penat siut...... Menyampah betul ler. Tapi apa kan daya, dia lebih berkuasa dari kami semua.

The guy from my past janji nak sms kejap lagi. Aku x kisah sgt pun. Kalau dia sms, aku reply jer. Kalau dia call, aku answer jer. Tapi so far aku dah takde hati lagi kat dia. Maybe sebab dah banyak kali dia kecewakan harapan aku kot. Aku dah anggap dia as kawan je. Andai antara aku n dia ada jodoh, aku terima. And andai tiada, aku tak kecewa pun. Maybe sebab aku dah bagi hati aku pada THAT GUY. 


Entah apa ler kesudahannya kisah aku n That Guy kan? Aku sendiri pun tak pasti. Yang pastinya, aku dah tak nak sedih2 lagi. Aku dah tak nak makan hati lagi. 

So until then, daaaa....................



STILL SAD

Aku masih dalam proses memujuk hati lagi ni. Tapi apa pun life goes on kan. So far aku masih mampu bertahan. Yang susah skit nak get over him is because, dia dok carik aku skarang ni. Semakin aku nak jauhkan diri dari dia. Semakin kerap plak dia menghampiri aku.

Semalam aku cuba untuk jauhkan diri dari dia. Aku dah kurangkan berbual2 hal remeh temeh dgn dia. Dia plak dok sibuk2 cari peluang nak sembang ngan aku.

Pagi tadi, aku tunggu kat tapak assembly sebab nak jumpa ahli Persatuan Bahasa Inggeris. Aku nak wat pemilihan untuk pertandingan nasyid antara persatuan. Masa aku dok sibuk2 cakap ngan budak, tup2 dia tercegat kat sebelah aku. Dok tersengih-sengih plak kat situ. Aku senyum gak ler kat dia.

Selesai keja aku ngan budak2 tuh, aku pun berjalan menuju ke classroom. Dia jalan beriringan dgn aku. Tanya aku semalam pegi mana and balik pukul brapa. Dia tau aku ada plan nak outing ngan kawan2 jap semalam. Aku pun citer skit2 je ngan dia.

Later today, aku dok sembang2 ngan kawan aku kat sofa. Sofa tu dekat ngan meja dia. Lepas je kawan aku bangun, dia terus tanya aku dah makan ke belum n tanya mcm2 lagi. Aku layan le jugak. Takkan aku nak wat tak tau je. Karang x pasal2 bermasam muka. Susah le pulak kan camtu.

Aku pun confuse ngan perangai dia. Katanya dia anggap aku cam adik dia jer. Kalau aku ni adik jer, tak payah le caring sangat. Tak payah nak susah2 cari aku n ajak sembang. Yg pasti nya aku perasan yg dia resah gelisah je, bila aku wat tak tau kat dia semalam n hari ni.

Apa pun, aku kena pujuk hati aku untuk move on. Skarang ni aku dah nak cuba jauhkan diri dari dia. Kalau dia sebenarnya ada perasaan kat aku, dia plak kena yg kena tackle aku. hehehehehhe.. sebab aku dah malas nak fikir lagi. Penat sgt aku rasa skrg ni.

As for the guy from my past, aku masih keep in touch dengan dia. Tapi aku sendiri masih tak pasti nak bagi dia second chance atau tak. Aku takut pisang berbuah dua kali. Aku cakap ngan dia, kita kawan je ek. Kalau ada jodoh, tak kemana... Itu je yang aku boleh janjikan untuk dia.


So until then.... daaaaaaaaa.....


MOVIE TAG & AWARD

Aku di tag oleh e.l.i.s.s.m.i.e. So aku nak langsaikan tag aku dulu. Pasni kalau rajin, baru aku nak wat entry baru.

Please copy the following rules in your post (as usual)

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.


I really love this movie. I even bought the Twilight Saga novels.


I cried everytime I watched this movie. It is so touching.

This is a nice movie. I like it.

This is a cute love story.

I really love the songs in this movie. This is an all time favourite.

3. I want to tag Cikgu Wiween, Cikgu Dayah, Kak Yanti.



And thanks to e.l.i.s.s.m.i.e for this lovely award.



And I want to give this award to Kak KC, Cikgu Wiween, Kak Yanti, Cikgu Dayah.

SEPI

Hari ni aku sangat sedih. Kenapa? Sebab aku dapat tau yg that guy memang tak penah ada feelings kat aku. Dia cuma anggap aku ni cam adik dia jer. Hancur hati aku tadi. Dia bagitau sorang kawan aku pasal ni. Kawan aku yg tanya sebenarnya. Sedih sangat ek. Bila bertepuk sebelah tangan ni. Kenapa ek aku suka sangat pada dia? Dan kenapa dia tak leh suka aku, camne aku suka dia?

Aku tertanya-tanya.. kenapa ek dia layan aku sangat2 baik sedangkan dia takde hati kat aku. Mungkin dia hanya nak main-mainkan perasaan aku je kot. So aku kena let him go.

Duhai hati,
Cukuplah. Berhentilah dari terus menaruh perasaan terhadap dia. Aku perlu belajar menyayangi diri sendiri lebih dari segala-galanya. Aku harus menjaga hati sendiri sbab takde sapa lagi yang akan jaga hati aku.

Dear heart,
I know right now u're hurting so much. But please be strong. I know that u're a fighter. Take some time to grieve and after that u should make urself strong again. You don;t need him in your life. You can survive like u always have been.

PUISI SEPI

bisikku pada bulan
kembalikan
temanku kekasihku syurgaku

tanpa dia
malam menemani aku
sepi memeluk ku

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi
seperti ku



And now a guy from my past is back in the game. Should I give him the second chance. Or I should just move on. FYI, I broke up with him because he's a workaholic. He works too much and he spends too little time with me. But he seems sincere. I don't know. I just can't think rite now.

I need to nurse my broken heart now... sob... sob.. sob... till then ... da..........

SERENITY

My dear blog...

Kali aku just nak citer apa yang aku buat pada hari Jumaat lalu. Nothing much actually. As usual on Friday kat skolah ada aktiviti koko. So aku in- charge for English Language Society this week. Knowing me, aku memang tak suka sgt wat aktiviti in classroom. So aku pesan ngan the pupils to bring a pair of scissors and a bottle of glue each. Aku decide nak wat activity kat dewan terbuka le... much easier and comfortable for the activity.

So guess apa yang aku decide untuk wat.... Tada.... just look at the pics and guess



Aku ajak budak2 tu wat aktiviti NIE or nama panjangnya Newspaper in Education ... Senang je.. aku divide the pupils into groups and then asked them to find some nouns in the newspaper. Then, they have to cut the nouns and paste them on a piece of drawing block. The group with the most number of nouns and a creative way of pasting them, will be the winner... Senang kan keje aku... and while waiting for them to finish their work .. aku baca novel le .. apa lagi... hehehehhe

Abis je aktiviti koko, aku n a few frens decided to go to the seaside. Skarang tempat tu dah jadi my favourite place. Kenapa ek? Maybe sebab tempat tu sesuai kot ngan aku yg berjiwa romantik ni... and maybe sebab that guy penah bawa aku p situ kot... entah ler....

Apa pun, aku rasa tenang sgt dapat pegi situ. Suasana kat situ cukup sesuai ngan keadaan jiwa aku skarang ni. Kalau boleh everyday aku nak pegi sini. Tapi karang parents aku bising plak. Apahal aku asyik pegi sana je.

Here are some pics yg aku snap petang tu dgn handphone aku. So the pics quality are not so good. But still the view is amazing and peaceful.

I really love this place... I don;t know why but I just do...

The sea was so calm that evening.... and I wish that my heart was like that too...

My frens and I lepak kat atas batu2 ni ler .... Please ignore the foot ... but that's not mine yer... hehehheheh

The first time I went to this place, I had a drink with that guy kat pondok tu le...

Petang tu ada something else yg terjadi but that's another story for another time... at the moment let me keep it as a treasured memory.

Apa yg pasti, petang tu aku sampai umah waktu azan Maghrib. Luckily, my parents tak bising. Alhamdulillah. Dan aku rasa tenang untuk seketika pada hari itu. Hopefully, hati aku akan terus tenang cam air laut petang itu.

Till then, bubye......

BEING TAGGED AGAIN

  1. What is your enthnicity? - On my father's side = Malay + Siamese + Acheh and on my mother's side = Malay + Acheh
  2. What are your interests outside of fashion? Reading has always been my passion. And now I'm adding blogging as another passion.
  3. Favorite musicians/bands? At the moment I love listening to My Chemical Romance.
  4. Favorite movies? P.S. I LOVE YOU, No Reservation, Stardust and the list goes on... hehehhehe
  5. What do you plan to study? What do you plan to do for a career? Something related to education... so as to widen my knowledge ... As for career of course teaching lor...
  6. How often do you shop? Whenever I feel the need to unwind...
  7. Do you have a job/work? Of Course
  8. How do you afford your clothes? My salary duh...
  9. How do people react to how you dress? So far nobody dare to comment about the way I dress, so I guess it is acceptable ler.... hehehehe
  10. What are your summer plans? Summer means holiday ekk... to go for a holiday with frens i guess

**************************************

Tag about cellphone

  1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE? That guy, a guy from my past and a dear friend
  2. YOUR MAIN RINGTONE? Crush On You - Tata Young
  3. WHAT YOU DID AT 12 LAST NIGHT? Sleeping.. was so tired that i fell asleep at 10p.m.
  4. WHO WAS THE LAST PERSON YOU WENT OUT WITH? WHERE? went to the beach with 2 good frens yesterday evening
  5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW? Blue Black tee
  6. THE LAST THING YOU DID? Hanging the clothes to dry .. hehehehhe ..
  7. THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS? my cellphone, my lappy and my Kelisa... heheheh
  8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM? Putih itu bersih...
  9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW? Entah ler .. tak perasan le pulak
  10. YOUR FAVORITE CITY? KL .. I guess
  11. WHAT WILL YOU DO NEXT WEEKEND? Unwinding at home after a full Saturday...
  12. WHEN WAS THE LAST TIME YOU SAW YOUR MOM? A few minutes ago.. I'm staying with my parents....
  13. WHERE IS SHE NOW? She's in the bathroom...
  14. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS? A few minutes ago lor...
  15. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED YOU? Well.. a colleague from school
  16. WHERE DID YOU HAVE YOUR DINNER LAST NIGHT? at home with the family ..
  17. THE LAST SURPRISE YOU GOT? Yesterday... sorry I can't give u the details tho...
  18. LAST THING YOU BORROWED FROM YOUR FRIENDS? I can't remember ...
  19. WHO IS YOUR BF/GF OR HUSBAND/WIFE? Nobody at the moment
  20. WHAT DO YOU FEEL NOW? stressed
  21. WANNA SHARE WITH WHO? no one
  22. WHO KNOWS YOUR SECRET? a dear fren
  23. DO THEY KEEP YOUR SECRET? yup
  24. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE? None at the moment
  25. WHAT DO YOU ORDER AT MCD? Big Mac and Chocolate Sundae
  26. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD? A few days ago
  27. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE:Cikgu Wiween, E.l.i.s.s.m.i.e and Cikgu Dayah

UNWIND

Hari ni merupakan public holiday for Perak... so aku decide untuk pergi bershopping.. kononnya nak unwind and relax ler... retail therapy kononnya... Mula2 a few of my frens decided to tag along but unfortunately they bailed out at the last minute.. so aku pun pegi sorang2 je lah...

Actually aku x berapa suka jalan sorang2 cos I'll end up buying something yg too expensive on my own. But today, luckily aku tak beli apa2 yg expensive sebab dah banyak yg aku beli tadi...

I drove there at 10.45 and arrived around 11.20 camtu.. biasa le bila atas hi-way.. apa lagi ... aku memecut sakan ler.. tapi masih within the speed limit tau... walaupun that guy pesan suruh drive slow2 .. aku tetap maintain macho.. hehehhehe,... aku bawa 100 / 110 km per hour je tadi...

Malam tadi aku ada sms that guy bagitau yg kenkawan maybe tak ikut. That guy cakap ngan aku tak yah p ler... but aku cakap yg aku really have to go.. stok cleanser and essence memang dah nazak... Dia suruh aku guna skit2 ,... buat catuan... hahahhahaha. Ada ke patut?

Dia cakap dia tak suka aku p sorang.. nanti dia risau.... pelik tak??? Kata takde jodoh ... tapi take care pasal aku bukan main lagi.... apa la......

This was the message.... " Jauh sgt sebab tu saya tak suka sgt ana p sorang2... bimbangkan ana..." So apa kata u all....

Back to the shopping mode ler... cukup le skit citer that guy as selingan ....

Sampai je sana, aku terus terjah Popular Bookstore. Best giler jalan2 hari ni... parking pun senang ... sebab semua orang Penang keje .... Dlm shopping mall pun lengang giler... Kat Popular aku cari a few revision books . Nak guna as bahan rujukan nak ngajar.. Ingatkan nak beli skit jer.. tapi alih2 banyak gak yg terbekenan.. so jadi le banyak gak.... Korang tgk le sendiri dalam pic tuh....


Lepas beli revision books.. aku cari novels plak. Dapat le 2 buah novel.... P/S I LOVE YOU and REMEMBER ME? Aku saja je beli P/S I LOVE YOU tu sebab aku dah tgk the movie and aku suka bangat.... best giler movie tu... i end up crying everytime I watched the movie... huhuhuhuhu... giler jiwang aku ni....



Habis je beli buku semua aku pegi survey cincin plak... Korang jgn terkejut plak. Aku memang tengah survey cincin emas putih untuk diri sendiri.. saja je nak wat koleksi... aku ni peminat setia emas putih. Rantai n gelang dah ada. So nak lengkapkan set ler.. nak beli cincin. Ada satu yg terbekenan tadi.. tapi nanti dulu le.. takde frens nak tanya pendapat tadi....

Dah puas belek2 cincin... aku pun pegi le kat main objective aku.. aku pegi kaunter SKII. Beli cleanser n essence. Best gak... dapat voucher bernilai RM40 n free 1 sample. Malangnya voucher tu valid for today je...



So apa lagi.. aku yg takde planning nak beli kasut pun pegi le kat shoe dept and beli ini kasut.. lawa siut... pada aku ler.... harga rm63. so aku guna voucher and end up bayar rm23 jer lagi... untung gak le aku hari ni...



Pastu aku masuk satu kedai kasut fave aku ... Paul Green. Berkenan lak kat satu sandal ni... Boleh pakai g Koko. Aku pun tanpa fikir panjang beli ler sandal ni... Simple n nice.... Senang nak bawak g aktiviti santai...



Dah puas tgk2 n beli barang, aku decide untuk balik je lah. Bowink le shopping sorang2..... beli lunch n dinner kat situ. Then aku pun bertolak balik jam 1.45p.m. Aku arrived home at 2.20p.m.

So selamat pegi n selamat kembali for today... itu je lah expedisi aku bershopping hari ni.
Malam ni aku kena tido awal sebab penat n esok aku keje.... lagipun aku sorang2 kat umah ni... takut nanti terbabas lak sok pagi... hehehhee

till next time.... daaaaaaaaaaa.......

AWARD LAGI ...

Semalam dapat award lagi dari e.l.i.s.s.m.i.e. Sebab takde mood nak wat .. aku pun KIV kepada hari ni...


Thank you for the award yer...

So aku nak bagi award ni plak kat Teacher Wiween and Teacher Faizah...



p/s aku baru balik shopping ni .. so penat skit.. malas nak tulis panjang2...
malam nanti aku update pasal shopping ek....

Da.....

ALONE & LONELY


Dah lama aku x update kat sini... bukan sebab takde masa.. tapi sebab malas giler...
Naper tah akhir2 ni aku malas giler nak buat luahan perasaan kat sini...
Banyak benda yang nak diluahkan ... tapi entah ler... jari jemari aku yg cun ni malas plak nak menaip entry kat sini...

Sejak akhir2 ni, aku banyak abiskan masa kat umah jer... Cuti 4 hari pun aku tak kemana....
Malas n penat kot... Lagipun masa CNY aku cuba siapkan keje yg berlambak tuh...
Alhamdulillah.. berjaya gak siapkan .. walaupun x semua ler...

Sabtu 31 Jan 2009

Aku kena p skolah sebab terlibat dgn kem motivasi & kepimpinan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas n penolong ketua kelas...
Aku terlibat bahagian pendaftaran je pun... so kejap je aku duty... after siap keje aku, aku lepak kat bilik guru n semak buku budak2.... selesai semua keje baru balik umah...

On Sunday plak aku tak kemana pun....
Bosan ek hidup aku....
Camni le hidup orang bujang....
Nak merambu ngan kawan2 pun cam malas je ...

Today.... 2 Feb 2009

Pegi skool macam biasa....
nothing yg menarik pun ... except....

Esok cuti....
Sultan Perak bagi cuti umum untuk rakyat jelata sempena Jubli Perak pemerintahan baginda...
Alhamdulillah.. esok boleh le aku p shopping... yay......

The reason y aku nak p shoping tomorrow is because aku nak pegi area seberang perai...
Orang Seberang Perai are working tomorrow...
So this Perak gal nak jalan2 sana le...
The Shopping Mall will be so lengang tomorrow... hehehee
Am planning to go wit a fren but maybe i'll end up going alone.... huhuhuhu....
Cian kat aku ek... shopping pun kena p sorang2.... Takde orang nak temankan..... sedihnya..
Camni le nasib orang yg still single ni ek...

Apa pun esok aku tetap kena p shopping gak sebab facial cleanser n essence dah abis...
Nak tak nak .... esok kena p .....
Sorang pun sorang lah labu.....

Kekadang tu terasa alone and lonely sangat .. walaupun aku stay wit my parents.... Aku pun tak pasti kenapa boleh ada perasaan camni ek.... and aku pun tak pasti sampai bila aku nak camni....


So long for now.... till we meet again .... daaaaaaaaaa....

p/s aku kena tinggal sorang2 sampai wednesday.... my parents and adik pegi Cameron Highlands. huhuhuh.... ciannya kat aku.....