TENTANG DIA


Hari ni aku decide untuk menulis tentang dia. Malam tadi aku tak dapat tido memikirkan tentang dia. So hari ni aku nak luahkan segalanya tentang dia di sini kerana aku ingin membuang dia jauh dari hati ini. Kiranya luahan ini sebagai satu cara aku untuk merawat hati ini.

2007
Pertama kali aku terpandang dia ... dalam hati aku terdetik... he is my mr right... kenapa? sebab phsically,,.. dia menepati ciri2 lelaki idaman... hehehhe gatal gak aku ni ek... well after a while, aku semakin sukakannya sebab dia memang menepati ciri2 lelaki idaman ku baik dari segi fizikal dan perwatakan...

Semakin lama, kami semakin rapat. Dia begitu caring terhadap ku. Kami menjadi rapat mungkin kerana jarak umur yang dekat... Dia tua setahun dari ku... Boleh dikatakan kami saling memahami...

Lupa plak nak cakap yg aku dan dia bekerja di bawah satu bumbung. Ini yg merapatkan lagi ikatan persahabatan kami.

2008

Aku mula menyedari akan perubahan perasaan ini terhadapnya pada pertengahan tahun ni. Tu pun sebab dia mula menelefon dan mengsms ku... b4 this kami jarang bertelefon dan sms. Setakat berbual di skool je... Dia sangat2 menjaga aku. Aku pun apa lagi ... mula le hanyut dibuai perasaan. Mungkin juga kerana aku sunyi kot.

B4 the holidays baru2 ni, a friend of mine bertanya pada dia. Tentang aku. Apakah perhubungan aku n dia? Dia menjawab yg kami hanya best fren. Tak lebih dari itu. Well.. my friend told me. Hancur gak hati aku bila dia cakap camtu. Kalau korang camne ek? Aku ker yg perasan selama ini. Atau memang dia jenis yg sweet talker?

But aku tetap tak nak kehilangan dia. So aku pun decide untuk buat2 tak tau jer. Keep on being best fren with him. Tapi pada masa yg sama aku masih mengharap yang dia akan berubah hati. Tapi sampai bila aku nak terus mengharap pada yg tak sudi.

So malam tadi aku decide untuk rawat hati aku ni. Aku nak pujuk diri aku untuk jauhkan diri dari dia. Bukan putus sahabat, cuma jarakkan persahabatan tu. Tak boleh lagi semesra dulu. Pada aku lelaki dan perempuan, tak boleh sekadar menjadi teman. Sebab akhirnya salah satu pihak akan ditimpa perasaan. Itu lah yang berlaku pada aku sekarang.

Apa yang boleh aku buat sekarang is berhenti berharap... dan berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan untuk melawan perasaan ini. Setiap hari aku berdoa seandainya memang aku dan dia tiada jodoh, Allah jauhkan dia dari hati ini, perasaan ini dan rindu ini. Aku perlu kuat untuk menjauhkan diri dari dia.

Tapi yg paling best is dia cakap dengan aku, memang susah nak rawat hati yang luka. Dia faham perasaan aku. Dia akan bantu aku setakat yg dia mampu. Pelik tak? Aku pun tak faham dengan dia. Dan mungkin aku takkan faham kot. Katanya lagi... apa pun dia akan jaga aku sebaiknya selagi dia mampu. Statement apa ni ek?

"Lu apa hal. Kalau kau tak nak kat aku, tak payah le dok offer nak jaga aku plak. Selama ni aku boleh jaga diri sendiri dengan baik pun." (Ini aku cakap dalam hati ler....) rasa cam nak cakap je kat dia camni. Tapi susah sebab kami keje sekali ...

Penat dah aku menulis tentang dia. Hopefully lepas ni aku dah tak terbeban lagi dengan soal hati ni. Aku nak mulakan 2009 dengan ceria. Aku nak concentrate on my work. I need to focus on my work after this. So doakan aku agar berjaya membuang perasaan sayang ini jauh2 ek.

Untuk DIA
Aku harap kita boleh terus jadi best fren selepas aku rawat luka di hati ini. Maybe lepas ni kita tak semesra dulu tapi kita masih boleh berkawan kan...

Doakan aku berjaya ek.... Aminnnn......




4 fren(s) of disturbia:

  1. kak, citer kita mmg lebey krg nak sama. dlu sy pun mcm nih.mule2 mmg bestfrens. tp last2 dia tu ngaku jugak dia pun ade perasaan kat sy. hehehe akak just perlu sbr & wait & see. satu ari dia akan jatuh hati jugak dgn akak. yg penting, jaga persahabatan. and pandai amik hati dia. Nanti dia akan anggap akak org paling bermakna dlm hidup dia & dia xleh hidup kalo kehilangan akak. benda nih da berlaku pd sy. :)

     
  2. ye ker.. hopefully camtu le ek...
    susah gak nak hilangkan perasaan ni sebab hari2 kena tgk muka dia nanti... skarang ni dalam cuti pun ingatkan boleh lupa.. tapi memang payah... hehheheh

    anyway, thanks for the advice...

     
  3. mmg susah nak lupa kalo kita betol2 suke seseorang tu kak. Tp x slh perasaan tu. xpe, try ur best k? satu hari kot terbukak hati dia utk akak. hehe

     
  4. *senyum sambil meninggalkan jejak