Dah 2 hari tak update blog ni. Bukannya apa, hari2 pun bz. Biasa le bila wat keje last minute camtu ler. Today pun sepatutnya bz gak tapi skarang ni nak relax dulu. Streamyx tengah okay ni. So aku boleh le mengupdate blog ini. Rasanya starting Monday ni payah le skit nak update my blog ni daily kot. Apa2 pun sementara ada kesempatan ni, meh le nak citer apa yg aku buat the past few days.
Khamis, 1 Jan 2009
Lepas je aku siap masak lauk untuk hari tu, aku dapat phone call from the PK. Dia cakap nak minta tolong wat keje skit. So aku pun cakap okay ler. Dia cakap nak antar keje tu kat umah. So I said yes. FYI dia ni jiran setaman. So memang senang le dia nak minta tolong aku. Lepas je dia antar keje tu, aku pun start le ngadap lappy. Apa2 pun, aku siapkan keja aku dulu. Lepas tu, aku pun nak mula le wat keja dia. Sekali, disket yg dia bagi tu rosak plak. So template untuk keje yg nak wat tu, takde ler. Disebabkan aku ni malas, aku pun apa lagi. Tak buat ler... hehehhehe.. Aku wat tak tau jer... Nak call dia pun aku malas gak. Aku decide esok pagi je lah aku terus p skolah and settle keja tu kat sana.
Jumaat 2 Jan 2009
Awal2 pagi aku dah siap2 n pegi sekolah. Sampai je skolah, that guy dah ada. Dia pun kena p wat keje gak. So aku pun masuk bilik access and print keje aku dulu. Aku tunggu le PK tu sampai skolah. Pukul 10 baru dia sampai tau. Sambil tunggu dia, aku tolong that guy settle kan borang2 yg nak bagi kat budak on monday nanti. Sambil wat keja sambil borak2 ler... Peluang tuh... takkan aku nak lepaskan jer...
Tetiba aku dapat satu idea baik punya. Aku decide nak p shopping lepas selesai keje. Aku pun apalagi, terus call member aku. Tanya nak ikut tak aku p shopping. Member aku setuju jer... So aku pun cakap lepas abis keje nanti aku fetch dia kat umah. Lepas tu aku terus bersemangat untuk siapkan keje. Hehehhehe... Cepat je aku wat keje lepas tuh....
Lepas selesai je keje PK tu, aku pun apalagi... kemas barang2 n my lappy, jalan sama2 that guy pegi kat parking lot. That guy pesan ngan aku suruh drive hati2 n jgn lupa tinggalkan lappy kat umah member tu. Dia cakap jgn bawa g shopping. Bahaya tinggal kat kereta. Aku pun angguk je ler.. Masa kat parking lot, cam biasa ler... dekat 10 minit baru masing2 nak gerak. Ada je yg nak dibualkan. hehhehheheh.... pelik bin ajaib kan????
Aku g Taiping Central. Lunch kat Kenny Rogers Roasters, tapi lupa plak nak snap pic. Maklum le, aku ni kan baru menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Lepas makan, aku p kedai baju. Kat situ aku beli sehelai skirt n blaus. Aku kalau masuk kedai baju, mesti terbeli ler... walaupun tak plan nak beli apa2.
Then aku ajak member aku p Kamdar. Nak belikan slack for my aunt. Dia kirim. But then, slack yg dia nak tu dah takde. After that aku p kedai bag plak. Aku memang dok cari sling bag ni dah lama. Sebab sling bag aku dah buruk. Kebetulan bag tu ada discount up to 70%. Apa lagi aku pun sambaq le satu. Hehehehhe.. senang skit bawak sling bag ni p padang masa game nanti. Aku berkenan betul ngan bag2 dari COLORIS ACCESORIES ni. Aku x suka beli bag2 yg branded sgt sebab aku ni jenis yg cepat jemu. Suka benor tukar2 bag.
Pastu member aku ajak p kedai kasut plak. Aku ni ada tabiat buruk tau. Pantang tgk kasut2 yg comel n affordable. Mesti nak beli. So semalam, walaupun aku dah janji dgn diri x nak beli kasut dah buat for the time being, tapi aku terbeli gak sepasang. Bukannya apa, kasut aku, termasuk yg formal n casual, dah ada 14 pasang. Kalau campur sport shoes ada le 15 pasang jadinya. Melampau banyak. Kaki ada sepasang je kan. hehheheheh. Aku beli gak kasut tu semalam sebab ada discount 50%. Balik umah je aku terus sorok kasut tu dalam almari baju. Takut mak marah. Hehehehheheheh.
Masa nak balik tu, aku nampak plak sunglasses yg aku suka. Terus je beli. Hmmm... aku ni kalau bab shopping memang payah. Nampak je yg berkenan and affordable. Mesti beli.
Masa aku bertolak dari situ semalam hujan punya le lebat. Dah le aku ni penakut giler nak drive dalam hujan. Nak tak nak terpaksa le jugak drive sebab member aku ni lagi teruk. Ada lesen tapi tak penah drive. Sampai umah dekat2 kul 6. Malam tadi tido awal giler sebab penat siut. So tu je lah update aku untuk beberapa hari ni.
P/S Next Saturday aku plan nak pegi JJ kat Bandar Perda plak. Nak p terjah Popular. Tapi tak tau le ada Popular ke tak kat situ. Nak beli novel Twilight n sirinya
Posted in:
shopping
on
Saturday, January 3, 2009
at
at
2:19:00 PM