I'M MOVING ...


Salam...

Just to let you peeps know that I'm moving to a new URL ...
So to those who are interested in continuing to read my simple blog.. (macam ler ramai sgt yang berminat ek), u can email me to get the new URL address kay.
So sorry that I can't post the url here ... due to an obvious reason ....


So until then... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........


p/s my email add is aurora_iiu@yahoo.com

2nd DAY OF RAMADHAN

Salam...

Hari ni aku penat skit berbanding semalam. Bukannya apa .. awal pagi lagi dah start masuk dapur. Bukannya makan tau... tapi ada projek skit...

Cam biasa aku bangun sahur jam 5 pagi. Pagi tadi aku minum chocolate date shake... Yummy...
Saja nak ubah selera waktu sahur. Lepas sahur aku marking test papers skit, sementara nak tunggu waktu Subuh. After Subuh, aku tido semula. Ini memang aktiviti biasa aku bulan puasa ni. Hehehehehe....

Bangun je dari tido, aku mandi n basuh baju. Then masuk dapur untuk projek Ramadhan dengan mak. Mak ajak aku wat karipap n cucur badak. Biasa le tu ek.. Tapi kenapa aku cakap projek Ramadhan??? Sebab kami wat dalam kuantiti yang banyak. Pastu goreng suku masak, then frozen kan. So dapat le stok untuk sepanjang Ramadhan ni. Kalau teringin nak makan, just kuarkan n goreng sampai masak.

Every year memang ni aktiviti kami. Selalunya kami wat ni sehari b4 puasa. This year tak sempat nak wat awal, so kami wat hari ni ler... Lama gak aku kat dapur ngan mak tadi. Kul 2 camtu baru siap keje. Mandi, solat n rehat jap.

Dalam kul 4 camtu, mak kejut aku. Aku tertido rupanya.. hehehehehe..
Bangun tolong mak masak lauk untuk berbuka. Hari ni masak simple jer... Daging masak cabai (resepi turun temurun dari nenek aku), sotong goreng kunyit, ikan masak sambal, salad sayur n buah zaitun.

Untuk kuih plak, aku wat puding laici dangdut. Resepi dari blog Kak Jun, Yummylicious. Then mak goreng karipap n cucur badak skit. Petang ni malas plak nak wat jus kurma, so aku just nak bancuh air ribena lemon je untuk aku. Mesti ada yg cakap aku ni cam budak2 ek. Sebab makan cornflakes ler... minum ribena ler... Ahaksss... Memang aku suka camtu pun. Nak wat camner... Hehehehehehe...

Ni ada pic projek masak memasak aku hari ni. Enjoy...



Salad lettuce, zaitun, tomato n timun,
nugget ayam belum masuk lagi... nak makan baru letak


cucur badak yang belum digoreng

Karipap suku masak


Puding laici dangdut...


Until later... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

1 RAMADHAN

Salam....

Aku nak cerita skit tentang first day puasa semalam. Malam tadi rasa cam malas nak update, so aku KIV ke hari ni.

Aku ni species yang malas nak makan waktu sahur. Takde selera nak makan nasi. Selalunya kalau bulan puasa ni aku just sahur lebihan kuih muih n air kosong je. Kalau takde lebihan kuih, aku minum milo or susu jer.

Tapi this year untuk first day puasa, aku makan cornflakes dengan susu jer. Takde selera nak makan nasi. Simple jer. Pastu minum air kosong banyak2.

Untuk berbuka semalam, aku ngan mak masak simple jer. Selalunya aku pegi Pasar Ramadhan, tapi tahun ni cam malas nak pegi. Maybe lepas seminggu puasa, aku pegi le kot. Lagipun, kalau pegi weekend ni, ramai orang. Sebab ramai yg pulang bercuti sempena awal puasa n cuti sekolah ni. Aku malas nak bersesak ngan orang ramai.

Menu berbuka semalam simple jer. Mak aku wat kuih skit. Pastu masak ikan kerapu tiga rasa, sayur bendi goreng, udang masak madu n acar buah. Telur masin mesti ada. Tu menu wajib bulan puasa. Lagipun aku dah beli sekotak telur masin b4 puasa haritu.

Semalam aku wat air sirap laici n jus kurma. Aku memang peminat setia jus kurma ni.

Aku solat terawih kat umah jer .. Malas nak g surau.... hehehehehe...

So tu jer citer hari pertama Ramadhan aku. Takde apa yang menarik sangat pun.

Pasni aku update untuk second day plak ek.

SALAM RAMADHAN & HAPPY HOLIDAY


Aku masih lagi dilanda kebizian yang melampau. Maybe akan terus bz until UPSR exam bermula. Apa pun, aku cuba gak untuk mengupdate skit2.

This Saturday, cuti skolah dah nak bermula. So kepada semua warga pendidik , Selamat Bercuti. Aku pun akan bercuti. Hopefully dapat ler aku update apa2 yang patut pasni. But still dalam cuti pun aku masih kena g skolah. Ada extra class. Dan aku juga kena marking paper Ujian Selaras II pasni.

Insyaallah hari Sabtu ni juga seluruh umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan. So aku nak wish kepada semua umat Islam, Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat semua. Marilah kita sama-sama merebut pahala di bulan yang penuh berkat ini.

Until then... daaaaaaaaaaaaaaaaaa


BZ AS A BEE AGAIN




Hello...

Tajuk je dah menggambarkan apa kisah entry aku kali ni. Nak citer skit tentang kebizian aku for this week n next.

This week bz dengan menyemak kertas Ujian Pra UPSR dan jugak soalan2 latih tubi yang diberi. Soalan yang JPN kasi untuk Paper 2, ada 10 set. Tak pasti le sempat nak dibuat semua ke tak. JPN bagi soalan ni pun end of July dah. Bagi dalam CD. Print n photocopy pun ambik masa gak. Dah tu baru sempat wat 1 set jer. This week dah ada test plak. Hmmm... entah ler ...

Next week plak Ujian Selaras II untuk semua murid. So aku akan bz menyemak kertas2 Ujian for Year 3, 4, 5 and 6. So cuti skolah ni akan diabiskan dengan menyemak kertas ujian n extra class untuk Year 6. Kira cam pecutan terakhir dah ler.. b4 exam. Penatnya bila difikirkan...

Since every Saturday je aku ada extra class, aku dah tak malas nak g jalan2 ke mana pun. Penat ler .. Tension gak bila tak dapat nak jalan2 ni. Pastu dengan merebaknya H1N1 kat area sini. Lagi le aku takut nak g mana tempat yang ramai orang. Cian aku kan...

So maybe aku kena g shopping dalam bulan puasa ler kot. Selalunya aku malas nak g shopping dalam bulan puasa ni. Malangnya, stok facial cleanser aku plak dah nak abis. Bedak compact n foundation pun dah tinggal skit. Nak kena pegi shopping mall gak ni.

Thats all for now.

Until later.. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

IT'S A MAD MAD WORLD UPDATE


Something awful happened to me on Wednesday...
And the story goes like this...

A fren bagitau aku yang GB suruh dia nasihatkan aku skit..
So aku pun tanya ler... nasihatkan kes apa?
Kenapa GB tak nasihatkan sendiri?
Then dia cakap GB tak cakap pun kenapa, cuma GB suruh nasihatkan aku supaya jangan terlalu vokal and kuat protes.

Aku ni jenis yg suka protes kalau sesuatu benda tu aku rasakan tak betul. Tapi aku protes kat bilik guru jer. Then, aku tetap wat keje tu kalau apa yg aku protes tu tak dilayan. Yang aku bengang sebab ada yg p dok menyampai n menokok tambah cerita. Dan GB aku plak so not professional. Ada ke patut dia suruh orang nasihatkan aku. Mana kewibawaan dia sebagai seorang ketua?

Aku tak kisah kalau GB panggil aku jumpa dia n slow talk. Senang aku nak citer kenapa aku protes sesuatu benda tu? Korang2 yang baca blog ni, tolong komen skit ek... aku salah ke tak dalam hal di bawah ni...

Salah ke aku , kalau aku protes pelaksanaan suatu perkara yg tak diputuskan oleh mesyuarat. Suka hati GB je nak wat apa pun. Kalau benda tu tak melibatkan aku, lantak p ler. Tapi ni melibatkan masa n tenaga aku. GB tak nak wat meeting dulu sebab takut kami protes. Bila diwar-warkan benda ni, memang le aku protes.

Walaupun aku bising tentang pelaksanaan tu, tapi aku wat gak dengan hati yg tak berapa nak ikhlas. Akhirnya, pelaksanaan tu dikansel setelah nampak benda tu tak mencapai objektif. So apahal ko nak marah plak?? Memang dari awal aku dan beberapa orang dah cakap tak leh wat. GB aku ni jenis yang suka dengar cakap orang2 tertentu jer....

Skarang ni aku dah masuk dalam kategori orang yg dia tak berapa suka ler...
Aku tak kisah bab tu. Yang aku bengang giler sebab dia tak suka kat aku, tapi dia tetap nak suruh aku ngajar Kelas budak2 pandai next year. Apa sebabnya...

Aku wat conclusion sendiri ler.. sebenarnya dia tak suka aku tapi dia terpaksa acknowledge kebolehan aku secara tak langsung, sebab dia tak nak gamble ngan prestasi UPSR sekolah. Aku bukanlah nak berbangga diri, tapi Alhamdulillah.. dah rezeki budak2 kot.. sepanjang aku posting ke sekolah tu.. sampai skarang, peratus meningkat sedikit demi sedikit.

Kalau ikut kan hati aku yang bengkek ni, aku memang nak isi borang tukar jer.. Biar puas hati aku. Tapi aku masih dapat bersabar lagi. Wat masa skrang ni aku tak leh nak pandang muka GB aku tuh. Aku memang tak leh tengok muka dia langsung.

Baru2 ni dia nak jumpa aku, tapi aku tak pegi masuk office pun. Kalau dia tanya kenapa tak datang jumpa dia, aku akan cakap yang aku masuk kelas... hahahahaha... Aku cakap ngan kawan aku tu, aku ni jenis yang pantang dicabar. Aku boleh jadi lebih jahat dari yg orang cakap2 kan.

Skarang ni aku dah nekad. Pasni no more miss nice girl. Aku takkan volunteer untuk apa2 dah pun. Aku tak nak wat baik dah. Aku nak jalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada aku dengan sebaik mungkin. Tapi aku tak nak dah tolong orang dalam2 hal2 yang melibatkan sekolah. Dan aku akan zip mulut aku dari memberi komen2 negatif or memprotes benda2 yang dilaksanakan. Kalau aku tak setuju apa2, aku takkan protes dah. Tapi aku terus je tak buat.... Hahahahahaha.... Padan muka GB n Pentadbir semua.

Selama ni aku x penah berkira ngan skolah. Tapi mulai skarang setiap apa yang aku wat, aku akan berkira. Aku akan make sure, it's worth it. Kalau dulu setakat nak printing apa2 n photocopy bahan untuk file, aku malas nak claim. Kira halal je. Pasni, aku x nak kuar duit sendiri dah untuk skolah. Kalau untuk P&P aku tak kisah. Tapi kalau untuk file and others.. sorry ler...

Dan aku juga dah mula beware dengan beberapa orang yang dok jadi barua GB. Aku dah kenalpasti orang2 ni. So dengan barua2 ni, aku akan cakap hal2 keja yang penting jer...

No more Miss Nice Girl.... hahahahahahaha

P/S Nampak gayanya tak merasa le aku nak dapat APC ek.... hahahahahaha....

IT'S A MAD MAD WORLD

Something happened yesterday...
Wasn't in the mood to update about it yet..


H1N1 UPDATE

Hari ni pegi skolah macam2 berita aku dengar. Yang terkininya kerani skolah n family disyaki dijangkiti H1N1. Makin susah hati ler aku. Dah tu plak budak2 ramai yang tak datang sekolah sebab demam.

Ya Allah, takutnya aku....
Skarang ni aku kat dalam kelas. Tapi budak2 semua takde ... semuanya tengah dikuarantinkan untuk pemeriksaan doktor. Pelajar2 yang demam, selsema n batuk semua pun kena check.. Risau giler skarang ni.

Aku rasa cam takut je nak g mana2 skarang. Budak yang meninggal hari Jumaat baru ni memang dah disahkan H1N1. Skarang semua skolah pun dah mula berjaga-jaga.

So aku pun dah mula berjaga-jaga gak. Risau giler ni....

H1N1 OR SELSEMA BAB*

Yang mana korang prefer nak sebut?
Aku lebih prefer the second one sebab lebih senang.
Futhermore, sebab aku menyampah ngan binatang tuh.. so aku suke le sebut yang kedua dengan penuh perasaan.

Semalam pagi skolah aku gempar ngan berita yang wabak tu dah menular kat area kami. Mula2 tengok dalam berita on Thursday pasal selsema bab* ni kat Kampus USM Transkrian. Alamak... aku dah mula risau sebab kampus tu lebih kurang 5 km kot dari umah aku.

On Friday plak masa p skolah dapat plak berita pasal sorang budak tahun 5 sekolah berhampiran yang meninggal dunia disyaki sebab virus selsema bab* tu... Skolah tu plak 9 km jer dari my skool. Awal pagi, baru khabar angin je.

Pastu pukul 11 camtu, PK1 bawa balik sekotak besar mask untuk diedarkan pada budak2. Then dia bagitau, memang confirm budak tu meninggal sebab H1N1. Pastu plak ada skolah yang dekat ngan umah aku, dalam 2 km camtu, dah kena tutup sebab dah ada kes. Aku dah mula cuak.

Semalam balik je dari skolah aku terus g beli mask. Aku beli mask N95 sebab kakak kawan aku recommend yang tu. Dia ni doctor. So dia advise kalau nak beli, beli N95 punya. Bukan handphone je ada model N95, tapi mask pun ada gak tau... Hehehehehe...

Skarang ni aku nak g jalan2 kat mana2 shopping complex pun dah tak berani. Takut ler.. So sale ker tak, aku kena KIV program until kisah selsema bab* kat area Kerian ni reda. For the time being, on weekends aku lepak kat umah je lah... Abis extra class tadi, aku pegi beli tudung jap kat kedai depan skolah. Then terus balik umah.