IT'S A MAD MAD WORLD UPDATE
Something awful happened to me on Wednesday...
And the story goes like this...
A fren bagitau aku yang GB suruh dia nasihatkan aku skit..
So aku pun tanya ler... nasihatkan kes apa?
Kenapa GB tak nasihatkan sendiri?
Then dia cakap GB tak cakap pun kenapa, cuma GB suruh nasihatkan aku supaya jangan terlalu vokal and kuat protes.
Aku ni jenis yg suka protes kalau sesuatu benda tu aku rasakan tak betul. Tapi aku protes kat bilik guru jer. Then, aku tetap wat keje tu kalau apa yg aku protes tu tak dilayan. Yang aku bengang sebab ada yg p dok menyampai n menokok tambah cerita. Dan GB aku plak so not professional. Ada ke patut dia suruh orang nasihatkan aku. Mana kewibawaan dia sebagai seorang ketua?
Aku tak kisah kalau GB panggil aku jumpa dia n slow talk. Senang aku nak citer kenapa aku protes sesuatu benda tu? Korang2 yang baca blog ni, tolong komen skit ek... aku salah ke tak dalam hal di bawah ni...
Salah ke aku , kalau aku protes pelaksanaan suatu perkara yg tak diputuskan oleh mesyuarat. Suka hati GB je nak wat apa pun. Kalau benda tu tak melibatkan aku, lantak p ler. Tapi ni melibatkan masa n tenaga aku. GB tak nak wat meeting dulu sebab takut kami protes. Bila diwar-warkan benda ni, memang le aku protes.
Walaupun aku bising tentang pelaksanaan tu, tapi aku wat gak dengan hati yg tak berapa nak ikhlas. Akhirnya, pelaksanaan tu dikansel setelah nampak benda tu tak mencapai objektif. So apahal ko nak marah plak?? Memang dari awal aku dan beberapa orang dah cakap tak leh wat. GB aku ni jenis yang suka dengar cakap orang2 tertentu jer....
Skarang ni aku dah masuk dalam kategori orang yg dia tak berapa suka ler...
Aku tak kisah bab tu. Yang aku bengang giler sebab dia tak suka kat aku, tapi dia tetap nak suruh aku ngajar Kelas budak2 pandai next year. Apa sebabnya...
Aku wat conclusion sendiri ler.. sebenarnya dia tak suka aku tapi dia terpaksa acknowledge kebolehan aku secara tak langsung, sebab dia tak nak gamble ngan prestasi UPSR sekolah. Aku bukanlah nak berbangga diri, tapi Alhamdulillah.. dah rezeki budak2 kot.. sepanjang aku posting ke sekolah tu.. sampai skarang, peratus meningkat sedikit demi sedikit.
Kalau ikut kan hati aku yang bengkek ni, aku memang nak isi borang tukar jer.. Biar puas hati aku. Tapi aku masih dapat bersabar lagi. Wat masa skrang ni aku tak leh nak pandang muka GB aku tuh. Aku memang tak leh tengok muka dia langsung.
Baru2 ni dia nak jumpa aku, tapi aku tak pegi masuk office pun. Kalau dia tanya kenapa tak datang jumpa dia, aku akan cakap yang aku masuk kelas... hahahahaha... Aku cakap ngan kawan aku tu, aku ni jenis yang pantang dicabar. Aku boleh jadi lebih jahat dari yg orang cakap2 kan.
Skarang ni aku dah nekad. Pasni no more miss nice girl. Aku takkan volunteer untuk apa2 dah pun. Aku tak nak wat baik dah. Aku nak jalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada aku dengan sebaik mungkin. Tapi aku tak nak dah tolong orang dalam2 hal2 yang melibatkan sekolah. Dan aku akan zip mulut aku dari memberi komen2 negatif or memprotes benda2 yang dilaksanakan. Kalau aku tak setuju apa2, aku takkan protes dah. Tapi aku terus je tak buat.... Hahahahahaha.... Padan muka GB n Pentadbir semua.
Selama ni aku x penah berkira ngan skolah. Tapi mulai skarang setiap apa yang aku wat, aku akan berkira. Aku akan make sure, it's worth it. Kalau dulu setakat nak printing apa2 n photocopy bahan untuk file, aku malas nak claim. Kira halal je. Pasni, aku x nak kuar duit sendiri dah untuk skolah. Kalau untuk P&P aku tak kisah. Tapi kalau untuk file and others.. sorry ler...
Dan aku juga dah mula beware dengan beberapa orang yang dok jadi barua GB. Aku dah kenalpasti orang2 ni. So dengan barua2 ni, aku akan cakap hal2 keja yang penting jer...
No more Miss Nice Girl.... hahahahahahaha
P/S Nampak gayanya tak merasa le aku nak dapat APC ek.... hahahahahaha....
Posted in: barua, jadi jahat..., tikam menikam on Saturday, August 8, 2009 at at 6:05:00 PM
hehe, no more Miss Nice Girl.
mesti tgh rasa geram sgt ni kan kak?
dayah...
memang tengah geram giler ni...
alahai..sabar yer...ish bangang btol GB tu..memang tak pro langsung..buat laporan kat pihak atasan laa baru puas hati..biar dier kena tukar..hehehe
dgn balachi2 ni kena extra careful..gunting dlm lipatan.
lantak pi dgn GB mcm tu..nak sound org passing mcm ni..ceh..dasar pengecut..alamak..dia ni ada baka GB i lah.
diorng ni adik beradik ke?
elis...
memang tengah sabar giler ni...
nik awin...
memang skrang dah extra careful..
malas dah nak campur hal2 skolah..
from now on i wat keje sendiri jer.. kalau ada yg i setuju.. i wat tak tau jer.. terus tak wat... hahahahahah
hidup mmg mcm nie kalu kt ada klbihan mesti owg akan cemburu...
kdg2 kwn akn jd teman..kdg2 kwn jd lwn...tp hidup tanpa kwn buhsan
knapp..
betul jugak tuh..
takde kawan memang bosan
huhu....problem besar dpt pentadbir guper itu!