1 RAMADHAN
Salam....
Aku nak cerita skit tentang first day puasa semalam. Malam tadi rasa cam malas nak update, so aku KIV ke hari ni.
Aku ni species yang malas nak makan waktu sahur. Takde selera nak makan nasi. Selalunya kalau bulan puasa ni aku just sahur lebihan kuih muih n air kosong je. Kalau takde lebihan kuih, aku minum milo or susu jer.
Tapi this year untuk first day puasa, aku makan cornflakes dengan susu jer. Takde selera nak makan nasi. Simple jer. Pastu minum air kosong banyak2.
Untuk berbuka semalam, aku ngan mak masak simple jer. Selalunya aku pegi Pasar Ramadhan, tapi tahun ni cam malas nak pegi. Maybe lepas seminggu puasa, aku pegi le kot. Lagipun, kalau pegi weekend ni, ramai orang. Sebab ramai yg pulang bercuti sempena awal puasa n cuti sekolah ni. Aku malas nak bersesak ngan orang ramai.
Menu berbuka semalam simple jer. Mak aku wat kuih skit. Pastu masak ikan kerapu tiga rasa, sayur bendi goreng, udang masak madu n acar buah. Telur masin mesti ada. Tu menu wajib bulan puasa. Lagipun aku dah beli sekotak telur masin b4 puasa haritu.
Semalam aku wat air sirap laici n jus kurma. Aku memang peminat setia jus kurma ni.
Aku solat terawih kat umah jer .. Malas nak g surau.... hehehehehe...
So tu jer citer hari pertama Ramadhan aku. Takde apa yang menarik sangat pun.
Pasni aku update untuk second day plak ek.
Posted in: menu berbuka, puasa on Sunday, August 23, 2009 at at 1:56:00 PM