I'M MOVING ...


Salam...

Just to let you peeps know that I'm moving to a new URL ...
So to those who are interested in continuing to read my simple blog.. (macam ler ramai sgt yang berminat ek), u can email me to get the new URL address kay.
So sorry that I can't post the url here ... due to an obvious reason ....


So until then... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........


p/s my email add is aurora_iiu@yahoo.com

2nd DAY OF RAMADHAN

Salam...

Hari ni aku penat skit berbanding semalam. Bukannya apa .. awal pagi lagi dah start masuk dapur. Bukannya makan tau... tapi ada projek skit...

Cam biasa aku bangun sahur jam 5 pagi. Pagi tadi aku minum chocolate date shake... Yummy...
Saja nak ubah selera waktu sahur. Lepas sahur aku marking test papers skit, sementara nak tunggu waktu Subuh. After Subuh, aku tido semula. Ini memang aktiviti biasa aku bulan puasa ni. Hehehehehe....

Bangun je dari tido, aku mandi n basuh baju. Then masuk dapur untuk projek Ramadhan dengan mak. Mak ajak aku wat karipap n cucur badak. Biasa le tu ek.. Tapi kenapa aku cakap projek Ramadhan??? Sebab kami wat dalam kuantiti yang banyak. Pastu goreng suku masak, then frozen kan. So dapat le stok untuk sepanjang Ramadhan ni. Kalau teringin nak makan, just kuarkan n goreng sampai masak.

Every year memang ni aktiviti kami. Selalunya kami wat ni sehari b4 puasa. This year tak sempat nak wat awal, so kami wat hari ni ler... Lama gak aku kat dapur ngan mak tadi. Kul 2 camtu baru siap keje. Mandi, solat n rehat jap.

Dalam kul 4 camtu, mak kejut aku. Aku tertido rupanya.. hehehehehe..
Bangun tolong mak masak lauk untuk berbuka. Hari ni masak simple jer... Daging masak cabai (resepi turun temurun dari nenek aku), sotong goreng kunyit, ikan masak sambal, salad sayur n buah zaitun.

Untuk kuih plak, aku wat puding laici dangdut. Resepi dari blog Kak Jun, Yummylicious. Then mak goreng karipap n cucur badak skit. Petang ni malas plak nak wat jus kurma, so aku just nak bancuh air ribena lemon je untuk aku. Mesti ada yg cakap aku ni cam budak2 ek. Sebab makan cornflakes ler... minum ribena ler... Ahaksss... Memang aku suka camtu pun. Nak wat camner... Hehehehehehe...

Ni ada pic projek masak memasak aku hari ni. Enjoy...



Salad lettuce, zaitun, tomato n timun,
nugget ayam belum masuk lagi... nak makan baru letak


cucur badak yang belum digoreng

Karipap suku masak


Puding laici dangdut...


Until later... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

1 RAMADHAN

Salam....

Aku nak cerita skit tentang first day puasa semalam. Malam tadi rasa cam malas nak update, so aku KIV ke hari ni.

Aku ni species yang malas nak makan waktu sahur. Takde selera nak makan nasi. Selalunya kalau bulan puasa ni aku just sahur lebihan kuih muih n air kosong je. Kalau takde lebihan kuih, aku minum milo or susu jer.

Tapi this year untuk first day puasa, aku makan cornflakes dengan susu jer. Takde selera nak makan nasi. Simple jer. Pastu minum air kosong banyak2.

Untuk berbuka semalam, aku ngan mak masak simple jer. Selalunya aku pegi Pasar Ramadhan, tapi tahun ni cam malas nak pegi. Maybe lepas seminggu puasa, aku pegi le kot. Lagipun, kalau pegi weekend ni, ramai orang. Sebab ramai yg pulang bercuti sempena awal puasa n cuti sekolah ni. Aku malas nak bersesak ngan orang ramai.

Menu berbuka semalam simple jer. Mak aku wat kuih skit. Pastu masak ikan kerapu tiga rasa, sayur bendi goreng, udang masak madu n acar buah. Telur masin mesti ada. Tu menu wajib bulan puasa. Lagipun aku dah beli sekotak telur masin b4 puasa haritu.

Semalam aku wat air sirap laici n jus kurma. Aku memang peminat setia jus kurma ni.

Aku solat terawih kat umah jer .. Malas nak g surau.... hehehehehe...

So tu jer citer hari pertama Ramadhan aku. Takde apa yang menarik sangat pun.

Pasni aku update untuk second day plak ek.

SALAM RAMADHAN & HAPPY HOLIDAY


Aku masih lagi dilanda kebizian yang melampau. Maybe akan terus bz until UPSR exam bermula. Apa pun, aku cuba gak untuk mengupdate skit2.

This Saturday, cuti skolah dah nak bermula. So kepada semua warga pendidik , Selamat Bercuti. Aku pun akan bercuti. Hopefully dapat ler aku update apa2 yang patut pasni. But still dalam cuti pun aku masih kena g skolah. Ada extra class. Dan aku juga kena marking paper Ujian Selaras II pasni.

Insyaallah hari Sabtu ni juga seluruh umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan. So aku nak wish kepada semua umat Islam, Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat semua. Marilah kita sama-sama merebut pahala di bulan yang penuh berkat ini.

Until then... daaaaaaaaaaaaaaaaaa


BZ AS A BEE AGAIN




Hello...

Tajuk je dah menggambarkan apa kisah entry aku kali ni. Nak citer skit tentang kebizian aku for this week n next.

This week bz dengan menyemak kertas Ujian Pra UPSR dan jugak soalan2 latih tubi yang diberi. Soalan yang JPN kasi untuk Paper 2, ada 10 set. Tak pasti le sempat nak dibuat semua ke tak. JPN bagi soalan ni pun end of July dah. Bagi dalam CD. Print n photocopy pun ambik masa gak. Dah tu baru sempat wat 1 set jer. This week dah ada test plak. Hmmm... entah ler ...

Next week plak Ujian Selaras II untuk semua murid. So aku akan bz menyemak kertas2 Ujian for Year 3, 4, 5 and 6. So cuti skolah ni akan diabiskan dengan menyemak kertas ujian n extra class untuk Year 6. Kira cam pecutan terakhir dah ler.. b4 exam. Penatnya bila difikirkan...

Since every Saturday je aku ada extra class, aku dah tak malas nak g jalan2 ke mana pun. Penat ler .. Tension gak bila tak dapat nak jalan2 ni. Pastu dengan merebaknya H1N1 kat area sini. Lagi le aku takut nak g mana tempat yang ramai orang. Cian aku kan...

So maybe aku kena g shopping dalam bulan puasa ler kot. Selalunya aku malas nak g shopping dalam bulan puasa ni. Malangnya, stok facial cleanser aku plak dah nak abis. Bedak compact n foundation pun dah tinggal skit. Nak kena pegi shopping mall gak ni.

Thats all for now.

Until later.. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

IT'S A MAD MAD WORLD UPDATE


Something awful happened to me on Wednesday...
And the story goes like this...

A fren bagitau aku yang GB suruh dia nasihatkan aku skit..
So aku pun tanya ler... nasihatkan kes apa?
Kenapa GB tak nasihatkan sendiri?
Then dia cakap GB tak cakap pun kenapa, cuma GB suruh nasihatkan aku supaya jangan terlalu vokal and kuat protes.

Aku ni jenis yg suka protes kalau sesuatu benda tu aku rasakan tak betul. Tapi aku protes kat bilik guru jer. Then, aku tetap wat keje tu kalau apa yg aku protes tu tak dilayan. Yang aku bengang sebab ada yg p dok menyampai n menokok tambah cerita. Dan GB aku plak so not professional. Ada ke patut dia suruh orang nasihatkan aku. Mana kewibawaan dia sebagai seorang ketua?

Aku tak kisah kalau GB panggil aku jumpa dia n slow talk. Senang aku nak citer kenapa aku protes sesuatu benda tu? Korang2 yang baca blog ni, tolong komen skit ek... aku salah ke tak dalam hal di bawah ni...

Salah ke aku , kalau aku protes pelaksanaan suatu perkara yg tak diputuskan oleh mesyuarat. Suka hati GB je nak wat apa pun. Kalau benda tu tak melibatkan aku, lantak p ler. Tapi ni melibatkan masa n tenaga aku. GB tak nak wat meeting dulu sebab takut kami protes. Bila diwar-warkan benda ni, memang le aku protes.

Walaupun aku bising tentang pelaksanaan tu, tapi aku wat gak dengan hati yg tak berapa nak ikhlas. Akhirnya, pelaksanaan tu dikansel setelah nampak benda tu tak mencapai objektif. So apahal ko nak marah plak?? Memang dari awal aku dan beberapa orang dah cakap tak leh wat. GB aku ni jenis yang suka dengar cakap orang2 tertentu jer....

Skarang ni aku dah masuk dalam kategori orang yg dia tak berapa suka ler...
Aku tak kisah bab tu. Yang aku bengang giler sebab dia tak suka kat aku, tapi dia tetap nak suruh aku ngajar Kelas budak2 pandai next year. Apa sebabnya...

Aku wat conclusion sendiri ler.. sebenarnya dia tak suka aku tapi dia terpaksa acknowledge kebolehan aku secara tak langsung, sebab dia tak nak gamble ngan prestasi UPSR sekolah. Aku bukanlah nak berbangga diri, tapi Alhamdulillah.. dah rezeki budak2 kot.. sepanjang aku posting ke sekolah tu.. sampai skarang, peratus meningkat sedikit demi sedikit.

Kalau ikut kan hati aku yang bengkek ni, aku memang nak isi borang tukar jer.. Biar puas hati aku. Tapi aku masih dapat bersabar lagi. Wat masa skrang ni aku tak leh nak pandang muka GB aku tuh. Aku memang tak leh tengok muka dia langsung.

Baru2 ni dia nak jumpa aku, tapi aku tak pegi masuk office pun. Kalau dia tanya kenapa tak datang jumpa dia, aku akan cakap yang aku masuk kelas... hahahahaha... Aku cakap ngan kawan aku tu, aku ni jenis yang pantang dicabar. Aku boleh jadi lebih jahat dari yg orang cakap2 kan.

Skarang ni aku dah nekad. Pasni no more miss nice girl. Aku takkan volunteer untuk apa2 dah pun. Aku tak nak wat baik dah. Aku nak jalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada aku dengan sebaik mungkin. Tapi aku tak nak dah tolong orang dalam2 hal2 yang melibatkan sekolah. Dan aku akan zip mulut aku dari memberi komen2 negatif or memprotes benda2 yang dilaksanakan. Kalau aku tak setuju apa2, aku takkan protes dah. Tapi aku terus je tak buat.... Hahahahahaha.... Padan muka GB n Pentadbir semua.

Selama ni aku x penah berkira ngan skolah. Tapi mulai skarang setiap apa yang aku wat, aku akan berkira. Aku akan make sure, it's worth it. Kalau dulu setakat nak printing apa2 n photocopy bahan untuk file, aku malas nak claim. Kira halal je. Pasni, aku x nak kuar duit sendiri dah untuk skolah. Kalau untuk P&P aku tak kisah. Tapi kalau untuk file and others.. sorry ler...

Dan aku juga dah mula beware dengan beberapa orang yang dok jadi barua GB. Aku dah kenalpasti orang2 ni. So dengan barua2 ni, aku akan cakap hal2 keja yang penting jer...

No more Miss Nice Girl.... hahahahahahaha

P/S Nampak gayanya tak merasa le aku nak dapat APC ek.... hahahahahaha....

IT'S A MAD MAD WORLD

Something happened yesterday...
Wasn't in the mood to update about it yet..


H1N1 UPDATE

Hari ni pegi skolah macam2 berita aku dengar. Yang terkininya kerani skolah n family disyaki dijangkiti H1N1. Makin susah hati ler aku. Dah tu plak budak2 ramai yang tak datang sekolah sebab demam.

Ya Allah, takutnya aku....
Skarang ni aku kat dalam kelas. Tapi budak2 semua takde ... semuanya tengah dikuarantinkan untuk pemeriksaan doktor. Pelajar2 yang demam, selsema n batuk semua pun kena check.. Risau giler skarang ni.

Aku rasa cam takut je nak g mana2 skarang. Budak yang meninggal hari Jumaat baru ni memang dah disahkan H1N1. Skarang semua skolah pun dah mula berjaga-jaga.

So aku pun dah mula berjaga-jaga gak. Risau giler ni....

H1N1 OR SELSEMA BAB*

Yang mana korang prefer nak sebut?
Aku lebih prefer the second one sebab lebih senang.
Futhermore, sebab aku menyampah ngan binatang tuh.. so aku suke le sebut yang kedua dengan penuh perasaan.

Semalam pagi skolah aku gempar ngan berita yang wabak tu dah menular kat area kami. Mula2 tengok dalam berita on Thursday pasal selsema bab* ni kat Kampus USM Transkrian. Alamak... aku dah mula risau sebab kampus tu lebih kurang 5 km kot dari umah aku.

On Friday plak masa p skolah dapat plak berita pasal sorang budak tahun 5 sekolah berhampiran yang meninggal dunia disyaki sebab virus selsema bab* tu... Skolah tu plak 9 km jer dari my skool. Awal pagi, baru khabar angin je.

Pastu pukul 11 camtu, PK1 bawa balik sekotak besar mask untuk diedarkan pada budak2. Then dia bagitau, memang confirm budak tu meninggal sebab H1N1. Pastu plak ada skolah yang dekat ngan umah aku, dalam 2 km camtu, dah kena tutup sebab dah ada kes. Aku dah mula cuak.

Semalam balik je dari skolah aku terus g beli mask. Aku beli mask N95 sebab kakak kawan aku recommend yang tu. Dia ni doctor. So dia advise kalau nak beli, beli N95 punya. Bukan handphone je ada model N95, tapi mask pun ada gak tau... Hehehehehe...

Skarang ni aku nak g jalan2 kat mana2 shopping complex pun dah tak berani. Takut ler.. So sale ker tak, aku kena KIV program until kisah selsema bab* kat area Kerian ni reda. For the time being, on weekends aku lepak kat umah je lah... Abis extra class tadi, aku pegi beli tudung jap kat kedai depan skolah. Then terus balik umah.




A PRODUCTIVE SUNDAY

Seperti biasa aku kalau Sunday je mesti bangun lewat skit. Lepas solat Subuh, aku sambung tido sampai kul 8 lebih. Mak aku kejutkan pagi tadi n bagitau dia nak ke masjid, ada kuliah agama. Mak aku tinggalkan pesanan, apa nak dimasak for lunch. Aku tengok jam, masih awal so aku sambung tido lagi.

Kul 8.40 aku bangun. Cuci muka then siap2 pegi dapo. Mak aku dah pesan suruh masak spaghetti bolognaise hari ni. Apa2 pun breakfast dulu. Teringin le pulak nak makan maggi. So apa lagi maggi kari satu....

After perut dah kenyang, aku decide nak kemas bilik dulu. So it's spring cleaning time...
Aku start dengan mengemaskan novel2 yang bersepah atas almari kecik aku. Dah settle kan hal novels tu, aku decide nak ubah skit susun atur atas almari kecik tuh.

Then masuk dapo plak. Time untuk prepare bahan2 nak masak spaghetti plak. Settle kan preparation part dulu then baru boleh start masak. Keletung keletang kat dapo sampai kul 12 lebih. Hehehehe.. FIY aku belum mandi lagi tau.

Lepas siap semua baru le aku g mandi n basuh baju. Pas mandi n jemur baju, aku ngadap laptop jap. Pastu baru le lunch. Pas lunch aku solat Zohor, then baca novels. Pastu ngadap Facebook, baca blog kawan2, jenguk Tagged n then zzzz.... sekejap...

Bangun dari nap dah kul 4. Then aku teringat plak nak kemaskan almari baju. Almari baju aku dah sendat giler... Aku risau je tengok besi penyangkut dalam tu... Risau kot patah je.. disebabkan aku sangkut baju yang banyak. Memang dah overload almari aku ni. Next week, kalau rajin, aku nak pilih mana2 baju yg dah tak minat untuk dipakai and let go jer.. Simpan pun wat pe .. Wat penuh kan almari jer...

For the time being, baju2 yang jarang dipakai aku lipat2 n letak kat rak je... Hopefully kurang le skit beban besi penyangkut tuh... The reason why aku kemas the almari is because semalam aku g window shopping and telah terbeli beberapa helai blouse yang aku rasa cun. Boleh buat baju raya ni...Tapi almari aku penuh bukan sebab blouse. Takde satu pun blouse aku digantung.

Raya tahun ni aku decide x nak wat baju. Aku cuma nak beli yang ready made je. Malas nak fikir dah pasal baju raya. Maybe sebab dah makin "dewasa" kot. So keinginan nak beli baju raya dah kureng kot.... hehehehehe...

Anyway, skarang dah kul 6 lebih and aku masih malas nak iron baju untuk esok. Maybe malam nanti kot aku iron. Malas ler ..........

So tu je update aku hari ni. Kira okay ler dari takde langsung kan... :-D


So until then................. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

TO CHANGE OR NOT TO CHANGE???

Aku tengah fikir2 ni samada nak tukar ke url baru ke tak ek?
URL ni dah tak privacy ler .. sebab ada backstabbing b***h dok baca.
So aku ingat nak tukar ke URL lain...
So far aku lebih prefer untuk tukar ..
Tapi.... cam malas nak design blog baru...
Dah ler tuh.. nak kena copy semua old entries ke blog baru plak nanti...
Kalau aku nak tukar pun maybe masa skool holidays nanti baru nak start kot..

So uols tolong le bagi comment .. nak tukar ker tak?


SCHOOL & UPSR


Dah lama seminggu lebih tak update kat sini. Entah kenapa rasa cam malas je nak update. Takde mood and penat sangat kot lately.

Nak update on weekends bz marking trial exam papers. Alhamdulillah settle gak yesterday sebab marks tu kena serahkan today. Hari ni gak aku dah mintak sorang kawan tolong poskan soalan2 trial untuk diexchange dgn kawan2 from other states. Hopefully, ini dapat memberi pendedahan tu my pupils.

Risau gak sebab UPSR is just around the corner and my pupils masih lagi buat careless mistakes. Aku dah penat nak tegur berulang kali. Masih lagi buat kesalahan yang sama. Tadi aku mengamuk gak kat budak2 tuh.. sebab diaorang wat stupid mistakes. Entah ler...

Aku risau sangat ni sebab last year ada 9 orang dapat A for my subject. So this year aku kena maintain ler.. better still kalau dapat tambah bilangan A tuh. Nak gak aku jaga reputation aku ni.

9 orang dapat A for my subject is something to be proud of since skool ni sekolah luar bandar and masa aku diposting kan ke sini cuma ada sorang je yg dapat A for that subejct. Alhamdulillah berkat usaha dan kegigihan my pupils and me... last year's result was the best since 2005 ... This year aku nak le kekalkan track record tu...

Besides that, peratus keseluruhan pun dah meningkat. Sebelum ni skolah tu masuk kategori SPR ( Sekolah Prestasi Rendah). Alhamdulillah... perlahan-lahan peratus meningkat and kami dah tak masuk kategori SPR lagi.

Bila skolah dalam kategori SPR, Boss akan selalu dipanggil ke taklimat oleh pelbagai pihak. And ini akan menimbulkan stress to her. Bila dia stress dia akan panggil we all, the Year 6 teachers and makes us stress too.. Itu yang aku tak minat sangat..... That's why aku harap this year, peratus akan terus meningkat.

Semakin hampir ngan UPSR semakin risau n stress aku. Skarang ni kelas intensif for UPSR pun dah start. So aku ada extra class on every Tuesday, alternate Friday and every Saturday. So aku cuma rest and relax on Sunday. Nak g jalan2 untuk window shopping before puasa pun dah susah skit.

Memang sangat penat but hopefully it's worth it bila tengok budak2 senyum sampai ke telinga masa result diumumkan.

Until later.... daaaaaaaaaaaaaaaaaa





p/s Pardon me sebab entry ni dalam bahasa rojak because at the moment fikiran aku memang dalam this mode... heheheheheh


DINNER @ SCHOOL



11 July 2009

Malam bersejarah buat skolah aku sebab first time wat dinner untuk cari dana for pembinaan surau. Setiap kupon berharga RM10 jer. Hujan plak turun dengan lebatnya since petang tuh... sampai ler majlis berakhir. Namun ramai gak yang datang. Kiranya takde pembaziran ler...

Malam tu ada suka duka buat aku. Entah ler ... susah nak citer kat sini. Maybe lepas2 ni aku citer kot. Di lain update.

Update kali ni cuma nak citer skit pasal dinner. Piccas pun tak banyak sebab no mood nak snap piccas malam tuh...

Majlis start pukul 8.30 camtu. Since hujan agak lebat n PA system yg terganggu dek hujan, aku n the geng tak ambik pot sangat pasal ucapan semua. After ucapan, ada persembahan tarian, koir n nasyid oleh anak2 didik sekalian sambil kitaorang dinner.

Lepas dinner, bermula le keje aku kat pentas. Acara cabutan bertuah. Banyak gak ler hadiah yg disumbangkan untuk cabutan bertuah tuh.

Aku as usual tak penah "ong" dalam acara ni. Hehehehehe...
Ramai gak cikgu2 yang "ong" malam tuh.

Majlis tamat around 10.3o p.m. Aku n sorang member kemas2 apa yg patut kat atas pentas tuh sebab takut basah dek ujan n diterbang dek angin plak. Maklum ler skolah aku ni kat area kuala. So angin kuat gak waktu hujan2 camni

Around 11.10 aku pun chow pegi tido umah member. Balik umah borak sampai kul 1.40 a.m. Penat giler esoknya... Pukul 11.00 a.m. aku bertolak balik umah. Sampai umah tolong mak masak jap then terus tido sebab dah mula sakit kepala.

Semalam seharian takde mood. Maklum ler sakit kepala n penat giler... so malas nak update blog. Malam ni tetiba rajin sebab lappy ni baru direformat siang tadi oleh adik aku.

Hopefully lepas ni lappy ni tip top berkhidmat untuk aku....

Aku nak pen off dulu ...


Until then ...... daaaaaaaaaaaaaaa

SO TIRED


Lately aku sangat2 tired and bz...
So malas nak fikir2 apa nak diupdate kat sini...
Asal ngadap laptop jer.. ngantuk ...
These few days bz skit ngan preparation untuk Majlis Jamuan Makan Malam...
Majlisnya malam esok....

Ada dalam satu entry aku sebut maybe x nak pegi kan..
tup tup aku duty malam tu... in charge of cabutan bertuah...
so nak tak nak kena pegi ler....

Lagipun our Boss dah sedih2 hari tu.. minta kitaorang pegi gak sebagai tanda sokongan untuk dia..

So aku akan update on that dinner on Sunday with loads of piccas...


p/s ada gak piccas persiapan yg aku snap tapi malas giler nak upload... heheheheh


WONDERFUL SATURDAY


Yesterday was an enjoyable yet tiring day. Why??? Well... I went to have some fun with my families...

Now every Saturday I have to attend an extra class with my Year 6 pupils. This is for the so called Intensive UPSR class. I was assigned the 10.30 a.m. slot. But since I have to be somewhere that day, I asked a colleague to exchange her slot with me. So at 8 a.m. I was already in school teaching my pupils.

Soon after I went home. Changed my clothing into a t-shirt n a pair of track bottom. Top up my sunscreen, packed my bags and put all the items needed into the car and off we go. Where to???

My mom, brother and I went to my cousins' rambutans' orchard. My dad did not tag along as he had something else to attend to. The orchard was in a place called Pokok Tai. This was in Kedah. It's quite near to Guar Chempedak. After and hour and a half of driving, we arrived there. Everyone else was already there except for a cousin and her family.

Upon arriving I saw bags of rambutans already packed for everyone. But some of them were still picking the fruits on the trees. So I went exploring around the orchard. The orchard is quite big with lotsa rambutan trees. No other fruit trees there.

After eating some "kuih muih" we packed the rambutans into our cars and off we went. Where??

To another dusun lor... This dusun is owned by my Pak Ngah. He is my father's older brother. His house is located about 20 minutes from the rambutan's orchard. My Pak Ngah's orchard offered varieties of fruit. But sadly, the fruits were not available for picking yet. They needed another 2 weeks to ripen. So we'll be going there again in 2 or 3 weeks time. Yayyy!!!

Here, we had a nice picnic under a rambai tree. Everybody brought something from home. Delicious and mouthwatering food. Had a blast yesterday. Tasting every single food on the table.

We left the orchard at 4 p.m. I decided to spend the night at my Mak Njang's house. Had a nice time chit-chatting with my cousins. It's been a long time since we had a chance gossiping like last nite.... hahahahahahaha

The best part of yesterday, was the fact that I got the chance to meet my cousins whom I missed so much. We were quite close and I haven't seen them since early this year. And most importantly I got to see my sweethearts.... (my two cute nieces)



Bags of rambutans to be taken home


Pokok amra a.k.a kedondong


Our rides



Pokok palas used for making Ketupat Daun Palas


Plastik yang dipasang untuk menakutkan si monyet

Durians @ Dusun Pak Ngah

camni ler cara nak wat asam keping

Cempedak

Pokok manggis yg rendah tapi berbuah lebat gak


Buah dokong yang akan masak in 2 weeks time ... Yummy!!!

Pokok rambai yg lebat buahnya...

p/s I brought home lotsa rambutans n manggis ... buah2 lain in 2 weeks time kot.... hehehehehe



FIRE DRILL EXERCISE






On Tuesday skolah aku wat fire drill exercise. Nasib baik waktu pagi. Kalaux masak gak kitaorang sebab cuaca skarang panas giler. Semua orang kena berhimpun kat tengah padang. Tu yang tak tahan kalau wat waktu tengahari.

Pagi tu aku cam biasa le.. masuk kelas, ngajar n then bagi group work untuk budak2 year 6. Sementara nak tunggu diaorang siapkan keje untuk presentation, aku dok surf tenet kat hp baru tuh.

Tetiba je loceng berbunyi dengan agak panjang. Teachers semua memang dah ready sebab dah diinform pasal fire drill ni. Aku pun suruh budak2 off kan semua switch and beratur keluar kelas. Kami bergerak ke padang skolah. Kami antara yg terawal sampai since kelas kat ground floor.

Lepas semua budak dah beratur, class teachers pun kena check le jumlah budak tally ke tak ngan dalam register. This is to make sure takde yg rentung.. hehehehehe...

Pastu ada sedikit taklimat dari guru disiplin tentang prosedur keselamatan yang patut diambil. Dan jugak taklimat oleh PK HEM.

Abis semua tu, waktu ngajar aku ngan kelas Year 6 pun abis. Budak2 semua masuk kelas n aku pun pegi Bilik Guru.

Tu je update aku hari ni...

Sekian. Signing off now. Daaaaaaaaaaaaaaaaa................


p/s piccas adalah disnap dengan hp baru... hehehehehe...

KENAPA MESTI BERBOHONG EK???


Aku memang heran dengan sikap sesetengah orang yg suka berbohong ni...
Sampaikan kekadang tu aku sendiri dah tak pasti apa yg keluar dari mulut dia tuh bohong ke betul ker... Kenapa mesti berbohong ek???

Ada satu kes yang terjadi kat aku baru2 ni... sampaikan aku sendiri jadi confuse dengan perangai seseorang ni. Seseorang yg agak rapat ngan aku ni dah berbohong dengan aku. Aku ni baik punya percaya kat dia. Sekali aku dapat tau yg dia berbohong. Tapi aku decide malas nak panjang2 kan hal ni. Aku wat tak tau jer... Lantak le dia ...

Cuma satu je yg jadi hal pada aku. Aku confuse nak percaya ke tak lagi dengan dia selepas ni. Bukannya apa, skarang ni, setiap apa yg dia cakap ngan aku, aku was2. Asyik terfikir, betul ke ni? Or dia ni dok bohong aku ker?

Aku memang pantang skit kalau orang berbohong ngan aku ni. Tapi kes kali ni aku malas nak bising2 sebab pada aku orang camni tak penting dalam hidup aku. So lebih baik aku terus pretend cam aku tak tau apa yg dia dah buat. Lebih senang camtu kan.

Kalau diberi pilihan samada nak terus berkawan or tak dengan orang ni ... I would choose not to... but it's complicated lor.... So aku kena wat cam biasa jer...

Susah kan kalau ada orang camni dalam hidup kita. Nak percaya, takut kena tipu lagi. Tak nak percaya pun susah gak. Entah ler...

Tapi yang pasti, aku malas nak fikir pasal dia lagi. Biar le .. kalau dia terus-terusan nak berbohong dengan aku pun takper.... Allah Maha Mengetahui Segalanya...

Signing of now... daaaaaaaaaaaaaaaa